Antarabangsa
Liga Muslim Sedunia kecam hasrat bina sinagog di Masjid Al-Aqsa
Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.
- Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.
- Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, mengutuk dan memberi amaran terhadap ungkapan tidak sopan dan tindakan provokasi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
- Beliau turut menyeru agar tindakan sistematik dilakukan supaya jenayah kerajaan pendudukan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah dapat dihentikan dengan segera.
- Kenyataan itu dikeluarkan ekoran Ben-Gvir pada Isnin dilaporkan berkata orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak masjid itu.
KUALA LUMPUR – Liga Muslim Sedunia (MWL) dengan tegas mengecam kenyataan seorang menteri rejim zionis Israel yang mencadangkan pembinaan sinagog di kawasan Masjid Al-Aqsa.
Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, mengutuk dan memberi amaran terhadap ungkapan tidak sopan dan tindakan provokasi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
“Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Agung MWL, Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Yang Berbahagia Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, mengutuk kenyataan tidak beradab itu di tengah-tengah tindakan agresif berterusan kerajaan penjajah Israel terhadap kesucian Islam.
“Yang Berbahagia Sheikh Dr. Mohammed Al-Issa memberi amaran mengenai bahaya akibat pelanggaran berterusan kerajaan penjajah terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa serta kemanusiaan, sikap tidak peduli mereka terhadap status sejarah dan undang-undang Masjid Al-Aqsa, serta provokasi terhadap sentimen umat Islam di seluruh dunia,” kata kenyataan dikeluarkan di platform X itu.
Beliau dalam kenyataan itu turut menyeru agar tindakan sistematik dilakukan supaya jenayah kerajaan pendudukan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah dapat dihentikan dengan segera.
“Dr. Al-Issa menekankan betapa pentingnya komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan pelanggaran kemanusiaan dan undang-undang ini, serta mengakhiri jenayah sistematik yang terus dilakukan kerajaan penjajah terhadap orang awam yang tidak bersalah,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran Ben-Gvir pada Isnin dilaporkan berkata orang Yahudi mempunyai hak beribadat di Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sambil menyatakan hasratnya membina sinagog di tapak masjid itu. – The Merdeka Times