Terkini
Pendidikan seks di sekolah tidak berkesan — PIBGN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berpandangan pendidikan seks disampaikan kepada murid sekolah mempunyai kepincangan atau tidak berkesan.
- “Saya kira mungkin falsafah ataupun tujuan murni pendidikan seks atau seksualiti itu tidak berkesan disampaikan (di peringkat sekolah),” kata Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Mohamad Ali berkata kemungkinan pelajar atau anak muda hari ini melihat pendidikan seks yang diajarkan hanya sebagai perlakuan melakukan seks antara lelaki dan wanita.
- Ia bukan dilihat kelompok itu sebagai bagaimana cara mencegah dan menjaga kesihatan badan, kebersihan diri dan alat sulit yang sepatutnya dijaga sewajarnya supaya tidak ‘tercemar’ dengan perkara memudaratkan seperti seks bebas.
- Mohamad Ali berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat kepincangan dalam pendidikan seks yang sudah diajarkan di peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
- Ia soalan susulan selepas beliau mengulas tentang dakwaan seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan yang mengatakan beliau menerima maklumat mengenai kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
KUALA LUMPUR — Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berpandangan pendidikan seks disampaikan kepada murid sekolah mempunyai kepincangan atau tidak berkesan.
Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata kemungkinan pelajar atau anak muda hari ini melihat pendidikan seks diajarkan hanya sebagai perlakuan melakukan seks antara lelaki dan wanita.
Ia bukan dilihat kelompok itu sebagai bagaimana cara mencegah dan menjaga kesihatan badan, kebersihan diri dan alat sulit yang sepatutnya dijaga sewajarnya supaya tidak ‘tercemar’ dengan perkara memudaratkan seperti seks bebas.
Mohamad Ali menasihatkan guru-guru supaya tidak hanya menekankan pada pendidikan luaran sahaja, tetapi mengajak pelajar untuk menghargai dan menjaga sebaik mungkin ‘harta’ duniawi dan akhirat diberikan Allah SWT.
“Saya kira mungkin falsafah ataupun tujuan murni pendidikan seks atau seksualiti itu tidak berkesan disampaikan (di peringkat sekolah).
“Mungkin pelajar-pelajar ataupun anak muda hanya melihat pendidikan sebagai action melakukan seks antara lelaki dan wanita, bukan untuk menjaga kesihatan kita dan juga alat sulit yang sepatutnya dijaga sebaik mungkin dan tidak dicemar dengan pemikiran-pemikiran kusut (perkara memudaratkan).
“Kusut dalam pemikiran, minda dan hati mereka jadi soal-soal pencegahan tidak diberi penekanan tapi penerangan tentang kelakuan seksualiti itu yang barangkali diberi penekanan kuat, tidak hal-hal berkaitan pencegahan kepada kemudaratan melakukan seks bebas misalnya dan sebagainya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Mohamad Ali berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat kepincangan dalam pendidikan seks yang sudah diajarkan di peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
Ia soalan susulan selepas beliau mengulas tentang dakwaan seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan yang mengatakan beliau menerima maklumat mengenai kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
Susulan dakwaan itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru-Guru dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES), Mohd Azizee Hasan meminta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyiasat perkara tersebut dan mengenal pasti sekolah terlibat dalam insiden tersebut.
Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengulas isu sama turut mengingatkan KPM supaya tidak ‘sweep under the rug’ atau menyembunyikan permasalahan itu dan mahu isu tersebut diselesaikan.
Mengulas berhubung dakwaan itu, Mohamad Ali berkata KPM perlu menjalankan satu siasatan rapi untuk mengenal pasti kesahihan perkara dibangkitkan.
“Jadi amat baik sekali perkara ini disiasat, diteliti dan (kenal pasti) apa punca sebenarnya pelajar tersebut melakukannya.
“Apakah misalnya disebabkan kemiskinan atau perkara-perkara lain seperti saya katakan tadi mungkin disebabkan akses kepada bahan-bahan lucah yang begitu mudah, atau mungkin disebabkan pergaulan dengan pelajar-pelajar senior yang negatif budaya pergaulannya… ini perlu dikaji dan dilihat,” kata Mohamad Ali. — The Merdeka Times