Terkini
Isu murid tawar khidmat seks, KPM jangan salahkan penyampai maklumat! – Firdaus Wong
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan supaya tidak mengambil tindakan ke atas penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan, Mohd Fadhli Othman, guru dan sekolah terlibat susulan dakwaan kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan supaya tidak mengambil tindakan ke atas penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan, Mohd Fadhli Othman, guru dan sekolah terlibat susulan dakwaan kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
- Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata dakwaan dibangkitkan Mohd Fadhli itu wajar diambil serius pihak ibu bapa dan kementerian terbabit.
- “Fadhli & Akhi Fairuz Al-Jengkawi adalah dua individu yang saya kenal sangat aktif dalam memberikan kesedaran dan pencegahan masalah seksual di kalangan pelajar.
- “Diharap jangan diambil sikap demi menjaga nama baik sekolah atau kementerian maka diambil pula tindakan terhadap Fadhli, guru atau sekolah yang terlibat dan ‘sweep under the rug’ (menyembunyikan permasalahan).
- “Don’t shoot the messenger but address and solve the problems raise by the messenger! (Jangan salahkan penyampai maklumat tetapi selesaikan masalah dibangkitkannya!) Isu yang dibangkitkan merentasi agama & bangsa!,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan supaya tidak mengambil tindakan ke atas penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan, Mohd Fadhli Othman, guru dan sekolah terlibat susulan dakwaan kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata dakwaan dibangkitkan Mohd Fadhli itu wajar diambil serius pihak ibu bapa dan kementerian terbabit.
Firdaus Wong berkata ini kerana Mohd Fadhli yang beliau kenali bukan bercakap kosong dan tajuk pengajian (tesis) Master beliau sendiri di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah mengenai isu berkaitan iaitu ‘Pengetahuan, Kemahiran & Sikap Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Terhadap Elemen Pendidikan Seksualiti Dalam Pelajaran Pendidikan Islam’.
Beliau berkata sahabatnya itu telah berkecimpung dan aktif memberikan kesedaran tentang masalah seksual dalam kalangan pelajar sejak 2016.
“Fadhli & Akhi Fairuz Al-Jengkawi adalah dua individu yang saya kenal sangat aktif dalam memberikan kesedaran dan pencegahan masalah seksual di kalangan pelajar.
“Diharap jangan diambil sikap demi menjaga nama baik sekolah atau kementerian maka diambil pula tindakan terhadap Fadhli, guru atau sekolah yang terlibat dan ‘sweep under the rug’ (menyembunyikan permasalahan).
“Don’t shoot the messenger but address and solve the problems raise by the messenger! (Jangan salahkan penyampai maklumat tetapi selesaikan masalah dibangkitkannya!) Isu yang dibangkitkan merentasi agama & bangsa!,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Kelmarin, The Merdeka Times (TMT) melaporkan Mohd Fadhli menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa beliau mendapat maklumat mengenai kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ dengan harga RM10.
‘Bisnes’ itu dikatakan berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.
Susulan pendedahan kes tersebut, TMT melakukan tinjauan lapangan di sini dan mendapati majoriti ibu bapa berpendapat kebebasan menggunakan media sosial dan telefon pintar secara melampau punca berlakunya kes mengejutkan murid lelaki menjalankan ‘bisnes’ khidmat seks di sekolah.
Mereka menegaskan pihak ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan menghadkan dan memantau rapat penggunaan media sosial dan telefon anak masing-masing.
Mengulas isu sama, Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan ketika ditemu bual TMT semalam meminta pihak KPM untuk menyiasat dakwaan itu dan mengenal pasti sekolah terlibat dalam insiden tersebut.
Mohd Azizee yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) turut meminta guru dan pengurusan sekolah terbabit peka dan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu benar-benar berlaku.
Beliau berkata perlakuan pelajar menawarkan khidmat seks itu adalah perbuatan keji dan tidak wajar berlaku dalam institusi pendidikan kerana ia seolah-olah memberi satu gambaran tidak baik kepada institusi pendidikan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/