Antarabangsa
Vatican singkir Uskup Agung Pakistan terbabit rasuah, salah laku seksual
Vatican menyingkirkan Uskup Agung wilayah pentadbiran Katolik terbesar Pakistan selepas beliau didapati terlibat dalam rasuah, penjualan harta gereja secara haram dan salah laku seksual, lapor The Christian Post memetik sumber boleh dipercayai.
- Vatican menyingkirkan Uskup Agung wilayah pentadbiran Katolik terbesar Pakistan selepas beliau didapati terlibat dalam rasuah, penjualan harta gereja secara haram dan salah laku seksual, lapor The Christian Post memetik sumber boleh dipercayai.
- Khabar angin tersebar sejak sebulan lalu mengenai keputusan Vatican menggantung Uskup Agung Lahore, Sebastian Francis Shaw, namun kepimpinan Katolik Pakistan dikatakan cuba menyembunyikan perkara itu.
- Menurut seorang pemimpin kanan gereja Katolik yang enggan dikenali, Vatican telah menerima aduan daripada paderi dan pemimpin gereja lain mengenai Shaw “untuk satu jangka masa yang lama”.
- Father Rashid Alfonse dalam satu video menuduh Shaw sebagai “uskup homoseksual” dan menggambarkan kejadian terperinci yang berlaku padanya semasa menjalankan tugasan pastornya di Katedral Sacred Heart di Lahore.
Vatican menyingkirkan Uskup Agung wilayah pentadbiran Katolik terbesar Pakistan selepas beliau didapati terlibat dalam rasuah, penjualan harta gereja secara haram dan salah laku seksual, lapor The Christian Post memetik sumber boleh dipercayai.
Khabar angin tersebar sejak sebulan lalu mengenai keputusan Vatican menggantung Uskup Agung Lahore, Sebastian Francis Shaw, namun kepimpinan Katolik Pakistan dikatakan cuba menyembunyikan perkara itu.
Menurut seorang pemimpin kanan gereja Katolik yang enggan dikenali, Vatican telah menerima aduan daripada paderi dan pemimpin gereja lain mengenai Shaw “untuk satu jangka masa yang lama”.
“Ada bukti dokumentari bahawa bekas uskup agung itu menjual harta gereja dengan penyalahgunaan kuasanya; saudara-saudara dan ahli keluarganya juga terlibat secara aktif dalam penipuan kewangan Lembaga Pendidikan Katolik.
“Kemuncak yang memaksa Vatican melancarkan siasatan terhadap Shaw adalah apabila seorang paderi Katolik menuduh uskup agung itu mendesaknya menjalinkan hubungan seksual,” kata sumber itu.
Father Rashid Alfonse dalam satu video menuduh Shaw sebagai “uskup homoseksual” dan menggambarkan kejadian terperinci yang berlaku padanya semasa menjalankan tugasan pastornya di Katedral Sacred Heart di Lahore. – The Merdeka Times