Terkini
Paderi ditahan amang seksual kanak-kanak lelaki 13 tahun
Polis semalam menahan seorang paderi di Puchong untuk siasatan kes amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia 13 tahun sejak Jun lalu.
- Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima satu laporan daripada mangsa pada jam 10.09 malam kelmarin.
- Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
- “Pengadu menyatakan pada bulan Jun hingga bulan Julai 2024 telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek seorang lelaki yang bekerja sebagai paderi di dalam bilik tidur di sebuah gereja yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor.
- “Hasil siasatan pihak polis, pada 13/08/2024 suspek yang berumur 27 tahun telah ditahan di sebuah restoran yang terletak di Puchong dan akan direman bagi tujuan siasatan lanjut,” kata Wan Azlan dalam kenyataan media di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Polis semalam menahan seorang paderi di Puchong untuk siasatan kes amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia 13 tahun sejak Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima satu laporan daripada mangsa pada jam 10.09 malam kelmarin.
Wan Azlan berkata mangsa mendakwa diganggu secara seksual fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur sebuah gereja yang terletak di Bandar Bukit Puchong pada Jun hingga Julai lalu.
Beliau berkata kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Pengadu menyatakan pada bulan Jun hingga bulan Julai 2024 telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek seorang lelaki yang bekerja sebagai paderi di dalam bilik tidur di sebuah gereja yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor.
“Hasil siasatan pihak polis, pada 13/08/2024 suspek yang berumur 27 tahun telah ditahan di sebuah restoran yang terletak di Puchong dan akan direman bagi tujuan siasatan lanjut,” kata Wan Azlan dalam kenyataan media di sini hari ini.
Wan Azlan meminta orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kegiatan jenayah boleh menghubungi pusat kawalan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan menyalahi undang-undang. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/