Antarabangsa
Negara dengan dasar luar feminis perlu “walk the talk”, lindungi wanita di Gaza – Pelapor Khas PBB
Negara-negara memperjuangkan hak wanita perlu “walk the talk”, konsisten menerapkan prinsip mereka dan tidak bersikap pilih kasih dalam advokasi isu wanita dengan mengelakkan pemindahan senjata kepada Israel yang membantu membunuh wanita Palestin.
- Negara-negara memperjuangkan hak wanita perlu “walk the talk”, konsisten menerapkan prinsip mereka dan tidak bersikap pilih kasih dalam advokasi isu wanita dengan mengelakkan pemindahan senjata kepada Israel yang membantu membunuh wanita Palestin.
- Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, Reem Alsalem berkata ini kerana penderitaan wanita dan kanak-kanak di Gaza adalah mendalam dan dahsyat.
- “Jelas sekali Israel menyasarkan wanita Palestin sebagai sebahagian daripada projek memusnahkan rakyat Palestin secara keseluruhan dengan apa cara sekalipun untuk mencapai objektif ini.
- “Akibatnya, tiada hak wanita yang dihormati, dan tiada aspek kehidupan yang tidak terjejas,” kata Alsalem dipetik Middle East Monitor pada Isnin.
- Alsalem berkata ketiadaan tindakan daripada negara-negara mempunyai dasar luar feminis adalah antara perkara paling membimbangkan.
- “Jika dunia membenarkan wanita Palestin dipandang remeh dan dianggap tidak berharga seperti ini, ia akan menular kepada cara wanita dilayan di seluruh dunia. Bukan sahaja semasa peperangan, tetapi juga dalam masa aman. Ini akan memberi kesan besar kepada wanita di seluruh dunia,” kata Alsalem.
Negara-negara memperjuangkan hak wanita perlu “walk the talk”, konsisten menerapkan prinsip mereka dan tidak bersikap pilih kasih dalam advokasi isu wanita dengan mengelakkan pemindahan senjata kepada Israel yang membantu membunuh wanita Palestin.
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, Reem Alsalem berkata ini kerana penderitaan wanita dan kanak-kanak di Gaza adalah mendalam dan dahsyat.
“Jelas sekali Israel menyasarkan wanita Palestin sebagai sebahagian daripada projek memusnahkan rakyat Palestin secara keseluruhan dengan apa cara sekalipun untuk mencapai objektif ini.
“Akibatnya, tiada hak wanita yang dihormati, dan tiada aspek kehidupan yang tidak terjejas,” kata Alsalem dipetik Middle East Monitor pada Isnin.
Pelapor khas PBB itu berkata peperangan telah merampas hak asasi dan maruah wanita dengan ketakutan berterusan terhadap pembunuhan, kehilangan orang tersayang serta menyaksikan kematian dan kemusnahan yang menyebabkan trauma psikologi tiada tandingan kepada penduduk Gaza.
Beliau berkata wanita hamil, ibu dan kanak-kanak perempuan adalah golongan paling terdedah kerana mereka berdepan peningkatan drastik dalam kes keguguran, kekurangan zat makanan dan dehidrasi teruk akibat keadaan yang semakin memburuk.
Selain serangan terhadap keupayaan wanita untuk hidup dengan bermaruah, Alsalem menekankan “ramai wanita dibunuh dengan kejam, diseksa, didera secara seksual, dirogol dan dihina dengan membiarkan mereka berbogel untuk tempoh masa lama, dirakamkan gambar mereka dalam keadaan tidak sepatutnya dan dikongsikan imej tersebut sesama askar dan peneroka”.
Alsalem berkata ketiadaan tindakan daripada negara-negara yang mempunyai dasar luar feminis adalah antara perkara yang paling membimbangkan.
“Pembisuan ramai feminis dan organisasi feminis sangat ketara dan membimbangkan,” kata Alsalem.
Beliau memberi amaran ketidakupayaan masyarakat dunia mengambil tindakan untuk menyelamatkan wanita Palestin di Gaza menimbulkan persoalan keberkesanan undang-undang antarabangsa.
“Jika dunia membenarkan wanita Palestin dipandang remeh dan dianggap tidak berharga seperti ini, ia akan menular kepada cara wanita dilayan di seluruh dunia.
“Bukan sahaja semasa peperangan, tetapi juga dalam masa aman. Ini akan memberi kesan besar kepada wanita di seluruh dunia,” kata Alsalem. – The Merdeka Times