Connect with us

Terkini

Kenyataan Mufti Terengganu langgar Perlembagaan Persekutuan – Naib Presiden MCA

Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng (kiri).
  • Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.
  • Teik Cheng berkata kenyataan mufti itu juga menjejaskan keharmonian agama dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.
  • “Seperti dinyatakan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), jika Mufti Terengganu mendakwa Muslim boleh memasuki rumah ibadat agama lain untuk berdakwah, ini boleh menjejaskan kesucian rumah ibadat bukan Islam dan berkemungkinan besar mencetuskan kebencian dan permusuhan antara agama, malah mencetuskan konflik dan konfrontasi lebih besar. Ini adalah apa yang kita tidak mahu berlaku,” kata Teik Cheng dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang MCA pada Isnin.
  • Menjawab persoalan media adakah umat Islam boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam, Mohamad Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
  • “Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya dipetik Sinar Ahad.
  • Isu memasuki kuil atau rumah ibadat bukan Islam itu timbul berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam.

Kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron yang mengatakan Muslim boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam untuk berdakwah adalah tidak wajar dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.

Teik Cheng berkata kenyataan mufti itu juga menjejaskan keharmonian agama dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin agama seharusnya sentiasa peka terhadap pelbagai isu melibatkan akidah dan bertanggungjawab menjaga keharmonian agama serta mengelakkan perkataan dan perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk. 

Menyatakan beliau bersetuju dengan pendirian Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), Teik Cheng menyeru mufti itu menghentikan kenyataan sedemikian dan menghormati hak beragama semua rakyat.

“Seperti dinyatakan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), jika Mufti Terengganu mendakwa Muslim boleh memasuki rumah ibadat agama lain untuk berdakwah, ini boleh menjejaskan kesucian rumah ibadat bukan Islam dan berkemungkinan besar mencetuskan kebencian dan permusuhan antara agama, malah mencetuskan konflik dan konfrontasi lebih besar. Ini adalah apa yang kita tidak mahu berlaku,” kata Teik Cheng dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di laman sesawang MCA pada Isnin.

Naib Presiden MCA itu berkata Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama, maka asas kestabilan negara adalah memastikan keharmonian hidup antara kaum.

Katanya, semua pihak harus berpegang kepada prinsip saling menghormati dan sentiasa mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif, apatah lagi menyentuh atau mencabar kepentingan masing-masing.

“Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama secara bebas, dan hak ini adalah suci dan tidak boleh dicabuli. 

“Orang Islam dan bukan Islam mesti menghormati semangat dan peruntukan Perlembagaan tanpa mengira fahaman agama, bersama-sama menjaga keharmonian dan kestabilan sosial,” kata Teik Cheng.

MCCBCHST dalam kenyataannya sebelum ini tidak bersetuju dengan pendapat Mufti Terengganu itu yang menyatakan orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.

Menjawab persoalan media adakah umat Islam boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam, Mohamad Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam. 

“Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya dipetik Sinar Ahad.

Isu memasuki kuil atau rumah ibadat bukan Islam itu timbul berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *