Terkini
Hantar tentera pengaman ke Gaza – NGO
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak tentera pengaman dihantar ke Gaza sebagai satu-satunya pilihan untuk melindungi rakyat Palestin susulan serangan terbaharu rejim Israel di Sekolah al-Tabin pada Sabtu yang mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin.
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak tentera pengaman dihantar ke Gaza sebagai satu-satunya pilihan untuk melindungi rakyat Palestin susulan serangan terbaharu rejim Israel di Sekolah al-Tabin pada Sabtu yang mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin.
- Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Sekolah al-Tabin itu merupakan mesej langsung bahawa rejim zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak berniat menamatkan perang.
- “Mesejnya jelas. Sama ada puak Arab, bertempur dan konfrontasi dengan negara fasis Yahudi, atau menyaksikan secara pasif pemusnahan Gaza sepenuhnya, berhenti untuk memberikan bantuan rakyat Palestin, meningkatkan lagi kematian di Gaza, supaya mereka sedar bahawa rakyat Gaza sedang “bersendirian”.
- “Kami menuntut langkah drastik untuk menghantar tentera pengaman ke Gaza sebagai satu-satu pilihan untuk melindungi rakyat awam Palestin,” katanya menerusi kenyataan akhbar pada Sabtu.
- Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin terbunuh awal pagi Sabtu apabila tentera Israel mengebom Sekolah AI-Taba’een di kawasan kejiranan AI-Daraj di timur Bandar Gaza, lapor Agensi Anadolu.
KUALA LUMPUR — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak tentera pengaman dihantar ke Gaza sebagai satu-satunya pilihan untuk melindungi rakyat Palestin susulan serangan terbaharu rejim Israel di Sekolah al-Tabin pada Sabtu yang mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Sekolah al-Tabin itu merupakan mesej langsung bahawa rejim zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak berniat menamatkan perang.
Cikgu Azmi berkata pembunuhan beramai-ramai itu juga menolak sebarang kenyataan retorik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara Arab.
“Mesejnya jelas. Sama ada puak Arab, bertempur dan konfrontasi dengan negara fasis Yahudi, atau menyaksikan secara pasif pemusnahan Gaza sepenuhnya, berhenti untuk memberikan bantuan rakyat Palestin, meningkatkan lagi kematian di Gaza, supaya mereka sedar bahawa rakyat Gaza sedang “bersendirian”.
“Darah lebih 100 orang syahid di sekolah Tabi’in tidak boleh dibiar tanpa dipertanggungjawabkan.
“Membisu terhadap jenayah itu adalah bersekongkol dengan perang, malah turut menjadi rakan dengan Israel.
“Kami menuntut langkah drastik untuk menghantar tentera pengaman ke Gaza sebagai satu-satu pilihan untuk melindungi rakyat awam Palestin,” katanya menerusi kenyataan akhbar pada Sabtu.
Terbaharu, media melaporkan pengumpulan cebisan anggota badan dalam beg plastik selepas serangan jet pejuang Israel terhadap sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan di Gaza menonjolkan tahap keganasan dan kekejaman melampau dihadapi rakyat Palestin.
Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin terbunuh awal pagi Sabtu apabila tentera Israel mengebom Sekolah AI-Taba’een di kawasan kejiranan AI-Daraj di timur Bandar Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Saksi melaporkan serangan berlaku ketika orang ramai berkumpul di halaman sekolah untuk menunaikan solat Subuh. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/