Connect with us

Antarabangsa

Turkiye sekat Instagram

Turkiye menyekat akses ke platform media sosial Instagram pada Jumaat, tanpa menyatakan sebab atau tempoh sekatan tersebut, menyebabkan platform aplikasi mudah alih itu tidak dapat diakses, lapor Arab News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Turkiye menyekat akses ke platform media sosial Instagram pada Jumaat, tanpa menyatakan sebab atau tempoh sekatan tersebut, menyebabkan platform aplikasi mudah alih itu tidak dapat diakses, lapor Arab News.
  • Langkah berikut diambil susulan kenyataan rasmi Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun pada Rabu yang mengkritik platform itu atas apa dilihatnya sebagai tindakan menyekat ucapan takziah berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
  • “Ini adalah tapisan (censorship), ringkas dan mudah,” kata Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye itu di platform X.
  • Tiada ulasan segera daripada syarikat induk kepada Instagram iaitu Meta Platforms Inc. mengenai larangan itu atau kenyataan Altun setakat ini.
  • Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTK) Turkiye menerbitkan keputusannya itu di laman webnya hari ini.

Turkiye menyekat akses ke platform media sosial Instagram pada Jumaat, tanpa menyatakan sebab atau tempoh sekatan tersebut, menyebabkan platform aplikasi mudah alih itu tidak dapat diakses, lapor Arab News.

Langkah berikut diambil susulan kenyataan rasmi Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun pada Rabu yang mengkritik platform itu atas apa dilihatnya sebagai tindakan menyekat ucapan takziah berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

“Ini adalah tapisan (censorship), ringkas dan mudah,” kata Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye itu di platform X.

Altun berkata Instagram juga tidak menyebut sebarang pelanggaran dasar berkenaan tindakannya itu.

Tiada ulasan segera daripada syarikat induk kepada Instagram iaitu Meta Platforms Inc. mengenai larangan itu atau kenyataan Altun setakat ini.

Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTK) Turkiye menerbitkan keputusannya itu di laman webnya hari ini.

Di Malaysia, Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu bertindak mengecam tindakan Meta yang menurunkan hantaran gambar di Instagram memaparkan perjumpaan Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar pada Mei lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *