Connect with us

Terkini

Kerajaan anjur himpunan solidariti bersama Palestin

Kerajaan akan mengadakan perhimpunan solidariti bersama Palestin pada Ahad ini bagi memberi isyarat jelas pendirian rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata perhimpunan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
  • Perhimpunan itu dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet dan pemimpin negara.
  • “Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama memberikan solidariti (dalam isu Palestin).
  • “Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.
  • Perhimpunan solidariti bersama Palestin itu adalah perhimpunan kedua diadakan selepas acara sama berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober tahun lalu yang menyaksikan lebih 15,000 rakyat Malaysia terdiri pelbagai latar belakang, agama dan bangsa menghadiri perhimpunan tersebut.

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mengadakan perhimpunan solidariti bersama Palestin pada Ahad ini bagi memberi isyarat jelas pendirian rakyat Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata perhimpunan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Fahmi berkata perhimpunan berkenaan dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet dan pemimpin negara.

“Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama memberikan solidariti (dalam isu Palestin).

“Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Perhimpunan solidariti bersama Palestin itu adalah perhimpunan kedua diadakan selepas acara sama berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober tahun lalu yang menyaksikan lebih 15,000 rakyat Malaysia terdiri pelbagai latar belakang, agama dan bangsa menghadiri perhimpunan tersebut.

Solidariti itu merupakan terjemahan rasa dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan dan penderitaan dihadapi rakyat Palestin yang diserang tanpa belas dan perikemanusiaan oleh rejim zionis Israel. 

Mengulas lanjut, Fahmi berkata perhimpunan pada Ahad ini terbuka kepada semua pihak tanpa mengira parti politik.

“Kita turut menjemput para Senator dan Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti untuk hadir dalam perhimpunan solidariti ini,” katanya.

Perhimpunan itu menyusul selepas kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran pada Selasa. 

Fahmi berkata Jemaah Menteri tidak dapat menghantar wakil ke pengebumian pemimpin Hamas tersebut di Qatar hari ini.

Bagaimanapun, perwakilan Malaysia akan menghadirinya sebagai mewakili kerajaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *