Terkini
Putuskan hubungan politik, ekonomi dengan ‘pariah state’ Israel – PEJUANG
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menggesa semua pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rejim zionis Israel serta-merta ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
- Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menggesa semua pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rejim zionis Israel serta-merta ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
- Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata rejim zionis Israel perlu dilabel sebagai ‘pariah state’ susulan tanpa belas kasihan berterusan membunuh dan melakukan jenayah perang serta genosid terhadap rakyat Palestin yang hanya menginginkan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.
- Ketika ini sebarang persidangan, perbincangan atau perundingan tidak lagi relevan, malah penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ juga bukan penyelesaian dalam perkara itu.
- “Perbuatan terkutuk dan hina ini mesti dilawan sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia. Rejim zionis Israel yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menggesa semua pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rejim zionis Israel serta-merta ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata rejim zionis Israel perlu dilabel sebagai ‘pariah state’ susulan tanpa belas kasihan berterusan membunuh dan melakukan jenayah perang serta genosid terhadap rakyat Palestin yang hanya menginginkan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.
Rafique berkata ketika ini sebarang persidangan, perbincangan atau perundingan tidak lagi relevan, malah penyelesaian dua negara atau ‘two state solution’ juga bukan penyelesaian dalam perkara itu.
“PEJUANG mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini.
“Perbuatan terkutuk dan hina ini mesti dilawan sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia. Rejim zionis Israel yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.
“PEJUANG menggesa agar pemimpin-pemimpin dunia memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Israel serta-merta. Israel mesti dilabel sebagai pariah state!,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Terdahulu, Haniyeh dilaporkan terbunuh di Tehran pada Selasa ketika menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Iran, demikian menurut Pengawal Revolusi Iran.
The New York Times memetik kenyataan Pengawal Revolusi Iran mengatakan Haniyeh dan seorang pengawal keselamatannya disasarkan di tempat kediaman mereka.
Bagaimanapun, tiada komen segera daripada rejim zionis Israel mengenai serangan dilaporkan itu.
Mengulas pemergian Haniyeh, Rafique berkata dunia telah kehilangan seorang insan hebat, pemimpin pembebasan Palestin yang ulung dan amat merendah diri serta disenangi sesiapa sahaja yang menemui Ketua Biro Politik Hamas itu.
“Moga peristiwa pembunuhan Ismail Haniyeh menyemarakkan lagi semangat perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari tangan rakus zionis Israel.
“Pejuang memanggil kesemua ahli-ahlinya serta rakyat Malaysia keseluruhannya untuk menyahut seruan solidariti dengan mana-mana pihak yang menganjurkan mana-mana perhimpunan atau acara protes besar-besaran terhadap Israel dan sekutunya Amerika akibat tindakan terkutuk ini,” katanya. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/