Terkini
JAKIM laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh
KUALA LUMPUR — Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menunaikan solat jenazah ghaib ekoran kematian pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
- Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menunaikan solat jenazah ghaib ekoran kematian pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.
- “Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua masjid JAKIM dan JAWI untuk mengadakan solat ghaib,” kata Mohd Na’im kepada Sinar Harian pada Rabu.
- Haniyeh dilaporkan terbunuh di Tehran pada Selasa ketika menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Iran, demikian menurut Pengawal Revolusi Iran.
KUALA LUMPUR — Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menunaikan solat jenazah ghaib ekoran kematian pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang didakwa dibunuh rejim Israel di Tehran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.
“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.
“Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua masjid JAKIM dan JAWI untuk mengadakan solat ghaib,” kata Mohd Na’im kepada Sinar Harian pada Rabu.
Terdahulu, Haniyeh dilaporkan terbunuh di Tehran pada Selasa ketika menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Iran, demikian menurut Pengawal Revolusi Iran.
The New York Times memetik kenyataan Pengawal Revolusi Iran mengatakan Haniyeh dan seorang pengawal keselamatannya disasarkan di tempat kediaman mereka.
Tiada komen segera daripada rejim zionis Israel mengenai serangan yang dilaporkan itu. – The Merdeka Times