Terkini
Isu tajaan syarikat arak: Sekolah Cina sila ikut undang-undang dan peraturan! – Jia Zong
Persatuan Jaringan Ibubapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) menggesa pihak sekolah Cina mengambil kesempatan kontroversi isu tajaan syarikat arak untuk berada di landasan betul dengan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan.
- Persatuan Jaringan Ibubapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) menggesa pihak sekolah Cina mengambil kesempatan kontroversi isu tajaan syarikat arak untuk berada di landasan betul dengan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan.
- Bersetuju syarikat arak hanya menaja konsert amal dan tidak menyumbang dana kepada sekolah, Jia Zong berkata pihak terbabit juga perlu “mengakui kesilapan mereka dan tidak membenarkan syarikat arak masuk ke sekolah lagi”.
- “Dan jika pihak sekolah benar-benar berpendapat bahawa adalah sah dan munasabah untuk syarikat arak menaja aktiviti sekolah Cina, mengapa tidak menambah agenda ‘syarikat arak menaja aktiviti sekolah’ untuk diluluskan dalam mesyuarat PIBG?
- “Dengan ini, pihak sekolah boleh memberitahu Kementerian Pendidikan bahawa PIBG telah meluluskannya. Pihak sekolah boleh bekerjasama secara terbuka dengan syarikat arak untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pendidikan Cina. Sudah tentu ini mustahil , ia memang tidak boleh.
- “Walaupun ‘telah diluluskan oleh PIBG’ atau ‘majoriti bersetuju’, kita tidak boleh menukar perkara yang salah kepada yang betul. Jadi kali ini, sekolah Cina sila ikut undang-undang dan peraturan!,” kata Jia Zong dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di Facebook pada Selasa lalu.
- Mengulas lanjut, Jia Zong berkata isu tajaan syarikat arak dalam konsert amal di sekolah Cina mendedahkan fakta bahawa “pihak pendidikan Cina suka bermain-main di hujung undang-undang” kerana ibu bapa Cina “ingin jaga muka dan takut kalah” dengan kaum lain.
- Persatuan itu berkata ini kerana pihak terbabit sedia maklum bahawa syarikat arak sememangnya tidak boleh mengiklankan arak secara terbuka di Malaysia.
- Mengakui syarikat arak hanya menaja konsert amal dan tidak menyumbang dana secara langsung kepada sekolah, Jia Zong berkata syarikat arak telah menggunakan media Cina untuk meningkatkan publisiti jenama mereka.
Persatuan Jaringan Ibubapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) menggesa pihak sekolah Cina mengambil kesempatan kontroversi isu tajaan syarikat arak untuk berada di landasan betul dengan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Bersetuju syarikat arak hanya menaja konsert amal dan tidak menyumbang dana kepada sekolah, Jia Zong berkata pihak terbabit juga perlu “mengakui kesilapan mereka dan tidak membenarkan syarikat arak masuk ke sekolah lagi”.
“Dan jika pihak sekolah benar-benar berpendapat bahawa adalah sah dan munasabah untuk syarikat arak menaja aktiviti sekolah Cina, mengapa tidak menambah agenda ‘syarikat arak menaja aktiviti sekolah’ untuk diluluskan dalam mesyuarat PIBG?
“Dengan ini, pihak sekolah boleh memberitahu Kementerian Pendidikan bahawa PIBG telah meluluskannya. Pihak sekolah boleh bekerjasama secara terbuka dengan syarikat arak untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pendidikan Cina. Sudah tentu ini mustahil, ia memang tidak boleh.
“Walaupun ‘telah diluluskan oleh PIBG’ atau ‘majoriti bersetuju’, kita tidak boleh menukar perkara yang salah kepada yang betul. Jadi kali ini, sekolah Cina sila ikut undang-undang dan peraturan!,” kata Jia Zong dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di Facebook pada Selasa lalu.
Mengulas lanjut, Jia Zong berkata isu tajaan syarikat arak dalam konsert amal di sekolah Cina mendedahkan fakta bahawa “pihak pendidikan Cina suka bermain-main di hujung undang-undang” kerana ibu bapa Cina “ingin jaga muka dan takut kalah” dengan kaum lain.
Persatuan itu berkata ini kerana pihak terbabit sedia maklum bahawa syarikat arak sememangnya tidak boleh mengiklankan arak secara terbuka di Malaysia.
Malah, katanya, syarikat arak juga tidak dibenarkan meletakkan poster pengiklanan produk mereka di dinding tandas awam.
“Mengapakah sekolah Cina yang menjadi tempat didikan pelajar membenarkan syarikat arak meletakkan logo iklan yang begitu besar di latar belakang pentas dewan sekolah? Malah, sesetengah orang membenarkan syarikat arak menjual minuman keras semasa konsert amal dijalankan di sekolah,” kata Jia Zong dalam kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan di Facebook pada 23 Julai lalu.
Mengakui syarikat arak hanya menaja konsert amal dan tidak menyumbang dana secara langsung kepada sekolah, Jia Zong berkata syarikat arak telah menggunakan media Cina untuk meningkatkan publisiti jenama mereka.
“Fakta memang begitu bahawa syarikat arak ini hanya menaja persembahan nyanyian demi promosi komersial dan kemudian menggunakan media Cina untuk meningkatkan publisiti supaya jenama arak boleh muncul dalam pelbagai media dan meningkatkan pendedahan jenama,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Jia Zong juga mendedahkan banyak tindakan melanggar undang-undang berlaku di sekolah cina selama ini.
“Selama ini, ramai orang melakukan perkara yang melanggar undang-undang di dalam sekolah Cina bawah nama pendidikan Cina, seperti memaksa ibu bapa untuk menderma kepada PIBG, mengadakan pelbagai kelas berbayar ketika waktu P&P, mengambil kesempatan daripada ‘Smart Classroom’ untuk mengutip yuran haram daripada ibu bapa setiap bulan, lembaga pengarah mengutip derma tahunan daripada ibu bapa, melanggar pekeliling hukuman KPM dengan menyebat pelajar, melanggar pekeliling buku latihan KPM dengan memaksa pelajar membeli terlalu banyak buku kerja dan sebagainya,” kata Jia Zong.
Isu berkenaan tajaan syarikat arak timbul susulan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sepang, Selangor, didakwa menerima sumbangan syarikat minuman keras menerusi satu konsert amal pendidikan yang diadakan baru-baru ini.
Ia bermula dengan isu sentiviti kehadiran seorang Ahli Parlimen wanita beragama Islam yang hadir dan bergambar dengan cek tertera nama syarikat arak dan sekolah Cina terbabit hinggalah menjadi polemik politik hingga sekarang. – The Merdeka Times