Antarabangsa
2,200 orang mati setiap hari di Eropah akibat pengambilan arak – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru supaya peningkatan penggunaan alkohol di Eropah dihentikan segera ekoran penggunaan minuman keras di benua itu dilihat antara tertinggi di dunia.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru supaya peningkatan penggunaan alkohol di Eropah dihentikan segera ekoran penggunaan minuman keras di benua itu dilihat antara tertinggi di dunia.
- WHO menerbitkan laporan penggunaan alkohol di Eropah dan mendedahkan ia menyebabkan hampir 800,000 kematian setiap tahun, menjadikannya antara punca utama kematian di rantau itu.
- 2,200 orang maut setiap hari di Eropah akibat kesan berkaitan minum arak, menyumbang kepada kadar kematian sembilan peratus di rantau itu, lapor agensi berita Anadolu.
- Pengambilan arak dilaporkan memberi kesan signifikan ke atas keganasan rumah tangga, kemalangan dan isu kesihatan mental.
- Laporan itu juga menyatakan negara seperti Russia, Ukraine dan Turkiye mencapai sasaran pengurangan alkohol WHO dengan peningkatan cukai dan pengurangan akses kepada alkohol.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru supaya peningkatan penggunaan alkohol di Eropah dihentikan segera ekoran penggunaan minuman keras di benua itu dilihat antara tertinggi di dunia.
WHO menerbitkan laporan penggunaan alkohol di Eropah dan mendedahkan ia menyebabkan hampir 800,000 kematian setiap tahun, menjadikannya antara punca utama kematian di rantau itu.
2,200 orang maut setiap hari di Eropah akibat kesan berkaitan minum arak, menyumbang kepada kadar kematian sembilan peratus di rantau itu, lapor agensi berita Anadolu.
Pengambilan arak dilaporkan memberi kesan signifikan ke atas keganasan rumah tangga, kemalangan dan isu kesihatan mental.
Namun begitu, ramai yang masih tidak menyedari bahaya berkaitan penggunaan arak.
Walaupun berdepan risiko kesihatan, warga Eropah mendahului senarai global purata penggunaan alkohol tahunan sebanyak 9.2 liter setahun.
Menurut data terkini WHO, lelaki minum pada kadar empat kali ganda berbanding wanita.
Di Eropah, dua daripada tiga dewasa mengambil alkohol dan satu daripada 10 dewasa dianggap kaki botol.
Laporan itu juga menyatakan negara seperti Russia, Ukraine dan Turkiye mencapai sasaran pengurangan alkohol WHO dengan peningkatan cukai dan pengurangan akses kepada alkohol. – The Merdeka Times