Terkini
Tajaan untuk konsert amal, bukan sumbangan buat sekolah – Zahid Hamidi
Isu tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini, adalah untuk penganjuran konsert amal, bukan sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Isu tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini, adalah untuk penganjuran konsert amal, bukan sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- “Apa yang dilakukan adalah penajaan terhadap ‘event’ (konsert amal) yang dibuat oleh syarikat itu.
- “Ia dianjurkan persatuan ibu bapa (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah itu. Dalam perkara ini, ia tidak pun menyebut tentang sumbangan daripada syarikat minuman keras kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud.
- “Ia tidak menyebut sumbangan syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah (sekolah Cina),” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas menyampaikan rumusan di Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di Pusat Konvensyen Desaru, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
- Isu berkenaan timbul susulan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang didakwa menerima sumbangan syarikat minuman keras menerusi satu konsert amal pendidikan yang diadakan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR — Isu tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini, adalah untuk penganjuran konsert amal, bukan sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata, wujud persepsi salah mendakwa syarikat arak dan rokok menyalurkan dana kepada sekolah Cina.
Memetik media tempatan, beliau berkata konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah.
“Apa yang telah kita bincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bukan soal sumbangan daripada syarikat minuman keras itu atau pun syarikat rokok atau syarikat sejenama dengannya.
“Apa yang dilakukan adalah penajaan terhadap ‘event’ (konsert amal) yang dibuat oleh syarikat itu.
“Ia dianjurkan persatuan ibu bapa (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah itu. Dalam perkara ini, ia tidak pun menyebut tentang sumbangan daripada syarikat minuman keras kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud.
“Ia tidak menyebut sumbangan syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah (sekolah Cina),” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas menyampaikan rumusan di Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Pusat Konvensyen Desaru, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
Media pada Rabu melaporkan isu berkaitan sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dijawab Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Jurucakap kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata isu terbabit ada dibincangkan dalam Kabinet, namun pihaknya menyerahkan kepada menteri berkenaan untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
Isu berkenaan timbul susulan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang didakwa menerima sumbangan syarikat minuman keras menerusi satu konsert amal pendidikan yang diadakan baru-baru ini.
Ia menimbulkan kemarahan beberapa pihak, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah. — The Merdeka Times