Terkini
Malaysia perlu kaji semula sokongan kepada “penyelesaian dua negara” Palestin – Perikatan Nasional
Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
- Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
- Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.
- “Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara.
- “Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.
- “Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.
“Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara.
“Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.
“Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.
Beliau berkata perjanjian penyelesaian dua negara bukanlah keinginan kerajaan zionis apabila rejim itu dengan jelas terus menerus menjalankan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin.
“Perjanjian untuk penyelesaian dua negara tidak lagi boleh dilaksanakan kerana Israel secara konsisten melanggarnya dengan melakukan genosid secara meluas ke atas rakyat Palestin.
“Undang-undang baru Israel ini menandakan kemunduran ketara dalam usaha penyelesaian dua negara.
“Jelas sekali bahawa Israel tidak pernah berminat dengan penyelesaian dua negara, suatu perspektif didorong Perikatan Nasional supaya kerajaan berhenti mengesyorkannya,” katanya.
Perikatan Nasional turut menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu badan perundangan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan salah laku pendudukan Israel di wilayah itu yang menggesa aktiviti penempatan dihentikan serta-merta dan semua kerosakan diberikan pampasan.
Keputusan itu menurut Perikatan Nasional secara amnya mengesahkan realiti semasa negara Palestin yang dijajah. – The Merdeka Times