Connect with us

Antarabangsa

Gereja Toledo bayar $1 juta kepada tiga mangsa penderaan seks paderi

Gereja daerah Toledo di Ohio, Amerika Syarikat (AS)  akan membayar pampasan dengan nilai tujuh angka kepada tiga mangsa penderaan seksual paderi selepas persetujuan penyelesaian kes tersebut dicapai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gereja daerah Toledo di Ohio, Amerika Syarikat (AS)  akan membayar pampasan dengan nilai tujuh angka kepada tiga mangsa penderaan seksual paderi selepas persetujuan penyelesaian kes tersebut dicapai.
  • Catholic News Agency (CNA) melaporkan bayaran itu akan diberikan kepada mangsa paderi Michael Zacharias yang disabitkan dengan lima pertuduhan pemerdagangan seks oleh juri persekutuan di Ohio, Mei lalu.
  • Jenayah dilakukannya itu adalah pada sekitar 1999 dan 2020, melibatkan tiga mangsa dengan dua daripadanya di bawah umur apabila Zacharias mula menzalimi mereka.
  • Seorang peguam dari Cincinnati, Konrad Kircher yang mewakili mangsa memberitahu CNA pada Khamis bahawa dia gembira dengan keputusan yang disebutnya sebagai “kejayaan” buat kliennya itu.

Gereja daerah Toledo di Ohio, Amerika Syarikat (AS)  akan membayar pampasan dengan nilai tujuh angka kepada tiga mangsa penderaan seksual paderi selepas persetujuan penyelesaian kes tersebut dicapai.

Catholic News Agency (CNA) melaporkan bayaran itu akan diberikan kepada mangsa paderi Michael Zacharias yang disabitkan dengan lima pertuduhan pemerdagangan seks oleh juri persekutuan di Ohio, Mei lalu.

Jenayah dilakukannya itu berlaku antara tahun 1999 dan 2020, melibatkan tiga mangsa, dengan dua daripadanya di bawah umur ketika Zacharias mula menzalimi mereka.

Seorang peguam dari Cincinnati, Konrad Kircher yang mewakili mangsa memberitahu CNA pada Khamis bahawa dia gembira dengan keputusan yang disebutnya sebagai “kejayaan” buat kliennya itu.

“Klien saya adalah tiga mangsa yang memberi keterangan dalam kes Zacharias.

“Apabila perbicaraan jenayah selesai, saya menghubungi Uskup kawasan Toledo dan minta dipertimbangkan untuk anak guam saya diberi pampasan atas apa yang mereka lalui, jika tidak, saya akan teruskan dengan tuntutan mahkamah,” katanya dipetik CNA.

Uskup kawasan Toledo bertindak balas dengan menubuhkan “Program Pemulihan dan Pendamaian” untuk tiga mangsa tersebut, kata Kircher.

“Program seperti ini dilaksanakan di seluruh negara untuk ramai klien,” katanya.

Jumlah pampasan akhir ditentukan selepas mendapat cadangan daripada dua hakim yang dilantik sebagai pentadbir bebas bagi proses tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *