Connect with us

Terkini

JPA tidak iktiraf TVET?

Diploma Kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) didakwa tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Diploma Kemahiran TVET didakwa tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam. 
  • Dakwaan itu dibuat seorang individu di Telegram ‘Edisi Siasat’ (ES) dan meminta ES menyebarkan perkara berkenaan kerana kesian melihat ramai anak muda dan ibu bapa tertipu dengannya.
  • Individu itu berkata ramai anak muda dan ibu bapa mengharapkan mereka dapat menggunakan Diploma Kemahiran TVET yang diterima untuk memohon berkhidmat di dalam perkhidmatan awam apabila tamat nanti, namun mereka tidak tahu ia tidak diiktiraf JPA.
  • “Tapi sebenarnya Kerajaan sendiri tidak mengiktiraf TVET, Diploma Kemahiran TVET yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diiktiraf MQA (Agensi Kelayakan Malaysia), tapi tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam. 
  • “Kecuali dua skim sahaja yang diterima iaitu Skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Latihan,” kata individu itu dalam hantaran di Telegram ES pada Sabtu.

KUALA LUMPUR —  Diploma Kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) didakwa tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam. 

Dakwaan itu dibuat seorang individu di Telegram ‘Edisi Siasat’ (ES) dan meminta ES menyebarkan perkara berkenaan kerana kesian melihat ramai anak muda dan ibu bapa tertipu dengannya.

Individu itu berkata ramai anak muda dan ibu bapa mengharapkan mereka dapat menggunakan Diploma Kemahiran TVET yang diterima untuk memohon berkhidmat di dalam perkhidmatan awam apabila tamat nanti, namun mereka tidak tahu ia tidak diiktiraf JPA.

“Salam ES mohon dapat sebarkan kesian tengok ramai anak-anak muda dan ibu bapa yang tertipu.

“Kerajaan sangat mempromosikan TVET dan mengatakan TVET bukan lagi kelas kedua.

“Tapi sebenarnya Kerajaan sendiri tidak mengiktiraf TVET, Diploma Kemahiran TVET yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diiktiraf MQA (Agensi Kelayakan Malaysia), tapi tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk digunapakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam. 

“Kecuali dua skim sahaja yang diterima iaitu Skim Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Latihan,” kata individu itu dalam hantaran di Telegram ES pada Sabtu.

Semalam, media melaporkan Kerajaan diminta segera menyelesaikan isu penerimaan dan pengiktirafan graduan TVET di dalam sektor awam yang kini terhad kepada beberapa skim perkhidmatan dan tidak menyeluruh. 

Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Prof Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata ketika ini kelulusan program bagi diploma kemahiran, diploma teknologi atau ijazah sarjana muda teknologi dalam bidang TVET tidak dinyatakan dalam syarat lantikan ke dalam jawatan atau skim perkhidmatan berkaitan teknologi dan teknikal dalam perkhidmatan awam.

“Ini sekali jawatan berkaitan pengkhususan itu terhad kepada beberapa skim perkhidmatan saja dan tidak terbuka secara secara menyeluruh.

“Jadi isu penting ini perlu diberi perhatian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kena memaklumkan syarat lantikan dibuat berdasarkan keperluan serta cadangan yang dikemukakan oleh setiap ketua skim perkhidmatan berkaitan,” katanya dipetik Berita Harian. 

Ini susulan timbul dakwaan mengatakan Diploma TVET yang dikeluarkan JPK, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang mendapat pengiktirafan MQA, tidak diiktiraf JPA untuk diguna pakai dalam skim perkhidmatan awam.

Mengulas isu sama, Pengerusi Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin dilaporkan berkata diploma itu diiktiraf kerajaan dan lulusan pengajian TVET tidak perlu bimbang mengenainya.

Katanya, lulusan TVET juga boleh memohon jawatan dalam sektor kerajaan kerana kelayakan DKM yang diberikan kepada program itu diiktiraf. 

“Ini kerana kerajaan melalui Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) sangat mengambil berat isu kelayakan TVET ini.

“Saya rasa isu itu sengaja dihangatkan dan mempunyai pemahaman kurang tepat kerana sejak beberapa tahun ini kerajaan sangat mengutamakan program pengambilan bidang TVET bagi memperkasakan tenaga kerja diperlukan negara. 

“Malah berdasarkan Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau eSisraf, kelayakan DKM diterima untuk lantikan ke perjawatan perkhidmatan awam,” katanya — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *