Connect with us

Terkini

Tidak perlu tunggu 24 jam lapor orang hilang – KPN

Orang ramai tidak perlu menunggu sehingga tempoh 24 jam untuk melaporkan kehilangan ahli keluarga atau kenalan kepada pihak berkuasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.
  • “Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.
  • “Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dipetik media tempatan hari ini.
  • Sekiranya usaha mencari dan menghubungi telah dilakukan, namun individu dicari masih gagal dikesan laporan polis boleh dilakukan sebagai langkah awal bagi mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu dilaporkan hilang.
  • Beliau berkata demikian mengulas pandangan netizen yang mempersoalkan tempoh masa 24 jam diperlukan untuk membuat laporan polis berhubungan kehilangan seseorang.
  • Ia susulan kehilangan pelajar UPSI, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan meninggal dunia di ladang sawit di Hulu Selangor pada petang Isnin.

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu menunggu sehingga tempoh 24 jam untuk melaporkan kehilangan ahli keluarga atau kenalan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata dakwaan orang awam perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ahli keluarganya bagi membuat laporan polis adalah mitos tanpa asas.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya dipetik media tempatan di sini hari ini.

Difahamkan, beliau berkata demikian mengulas pandangan netizen yang mempersoalkan tempoh masa 24 jam diperlukan untuk membuat laporan polis berhubungan kehilangan seseorang.

Ia susulan kehilangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan meninggal dunia di ladang sawit di Hulu Selangor pada petang Isnin.

Kes mendapat liputan meluas itu, termasuk daripada netizen mencetuskan persoalan tempoh yang panjang diperlukan untuk membuat laporan polis berhubung kehilangan orang di mana ia mungkin memberi risiko kepada individu hilang itu.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata sekiranya usaha mencari dan menghubungi telah dilakukan, namun individu dicari masih gagal dikesan laporan polis boleh dilakukan. 

Ia adalah sebagai langkah awal bagi mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu dilaporkan hilang.

Beliau juga menasihatkan masyarakat untuk terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan terdapat 710 kes kanak-kanak bawah umur 18 tahun dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November 2023.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan berkata daripada jumlah tersebut, 634 orang telah dijumpai semula dengan kadar peratusan 89.3 peratus.

Beliau dilaporkan sebagai berkata hasil analisa dan kajian kes daripada statistik, PDRM mendapati kehilangan kanak-kanak adalah berpunca dari enam kategori iaitu pertamanya lari dari rumah dan faktor utama kanak-kanak atau remaja melakukan perbuatan itu disebabkan ingin bebas daripada kongkongan keluarga atau penjaga.

Selain keinginan mencari kebebasan, punca menyumbang gejala lari dari rumah adalah ketidakharmonian dalam keluarga, manakala bagi kategori kanak-kanak menjadi mangsa jenayah jumlah dicatatkan sekitar 0.04 peratus. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *