Connect with us

Antarabangsa

Disangka beragama Islam, tiga pendeta Hindu dipukul penyokong Hindutva

Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.

Published

on

Foto: Tangkap layar rakaman tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva.
  • Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.
  • The Siasat Daily pada Ahad melaporkan tiga pendeta terbabit – Gaurav Kumar, Gopinath, Sunil Kumar – semuanya berasal dari kelompok Nath di Haryana. 
  • Salah seorang penyerang merakam insiden serangan itu dan memuat naiknya di platform media sosial.
  • Menurut laporan tempatan, pendeta terbabit diserang dengan kejam menggunakan kayu atas alasan mereka adalah Muslim yang dikaitkan dengan kumpulan penculikan kanak-kanak.

Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.

The Siasat Daily pada Ahad melaporkan tiga pendeta terbabit – Gaurav Kumar, Gopinath, Sunil Kumar – semuanya berasal dari kelompok Nath di Haryana. 

Insiden serangan itu berlaku berhampiran Prahlad Nagar di hadapan balai polis Lisari Gate.

Salah seorang penyerang merakam insiden serangan itu dan memuat naiknya di platform media sosial.

Menurut laporan tempatan, pendeta terbabit diserang dengan kejam menggunakan kayu atas alasan mereka adalah Muslim yang dikaitkan dengan kumpulan penculikan kanak-kanak.

Pendeta terbabit diminta membaca Hanuman Chalisa dan beberapa mantera lain sebelum mereka diserang kerana gagal berbuat demikian.

Gambar serangan itu tular di media sosial dengan pendeta-pendeta terbabit dilihat menjerit kesakitan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author