Connect with us

Antarabangsa

78 trak bantuan kemanusiaan masuk Gaza dalam tempoh lima hari – JHCO

Tujuh puluh lapan trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza dalam tempoh lima hari lalu membawa bekalan penting seperti makanan sedia dimakan, air botol, pek makanan, tilam, dan peralatan-peralatan kebersihan, lapor The Jordan Times.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tujuh puluh lapan trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dalam tempoh lima hari lalu membawa bekalan penting seperti makanan sedia dimakan, air botol, pek makanan, tilam, dan barang-barang kebersihan.
  • Operasi itu dianjurkan Angkatan Tentera Jordan – Tentera Arab dan Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO), dengan kerjasama Program Makanan Sedunia (WFP) dan disokong pelbagai organisasi termasuk Alemdad Organization, UNICEF, Apparel Traders Association, kerajaan Perancis, Helping Hand for Relief and Development, Al-Ghraa Charity Association, Life Organisation, dan Qatar Charity.
  • Setiausaha Agung JHCO, Hussein Shibli berkata pada Selasa bahawa krisis kemanusiaan berterusan di Gaza ditambah dengan sekatan terhadap penghantaran bahan bantuan kini memperburukkan lagi keadaan mereka yang menderita.
  • Jordan dilaporkan berusaha sedaya upaya untuk membuka lebih banyak laluan dan meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan untuk mengurangkan kesan perang dihadapi rakyat Gaza, ujar Shibli.

Tujuh puluh lapan trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza dalam tempoh lima hari lalu membawa bekalan penting seperti makanan sedia dimakan, air botol, pek makanan, tilam, dan peralatan-peralatan kebersihan, lapor The Jordan Times.

Operasi itu dijalankan Angkatan Tentera Jordan – Tentera Arab dan Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO), dengan kerjasama Program Makanan Sedunia (WFP) dan disokong pelbagai organisasi termasuk UNICEF.

Setiausaha Agung JHCO, Hussein Shibli berkata pada Selasa bahawa krisis kemanusiaan berterusan di Gaza ditambah dengan sekatan terhadap penghantaran bahan bantuan kini memburukkan lagi keadaan mereka yang menderita.

Beliau turut menekankan kepentingan dalam meningkatkan usaha serta sumber barangan 

agar bahan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan di wilayah itu.

Jordan dilaporkan berusaha sedaya upaya untuk membuka lebih banyak laluan dan meningkatkan jumlah kemasukan bantuan kemanusiaan untuk mengurangkan kesan perang dihadapi rakyat Gaza, ujar Shibli.

JHCO melaporkan, sehingga kini, sejumlah 2,641 trak dan 53 pesawat membawa bantuan telah memasuki Gaza menerusi Al-Arish. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *