Connect with us

Antarabangsa

Selepas letak jawatan, Pastor kanan gereja Kristian didakwa kes serangan seksual

Berikutan peletakan jawatan Robert Morris daripada jawatan pastor kanan di Gateway Church, pelbagai dakwaan dan tuntutan mahkamah baharu terhadap gereja besar itu kini didedahkan, lapor WFAA.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas pastor kanan, Robert Morris.
  • Berikutan peletakan jawatan Robert Morris daripada jawatan pastor kanan di Gateway Church, pelbagai dakwaan dan tuntutan mahkamah baharu terhadap gereja besar itu kini didedahkan, lapor WFAA.
  • Terdahulu, seorang wanita mendakwa pengasas dan paderi kanan gereja Kristian itu melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dirinya berusia 12 tahun pada 1980-an.
  • Dengan tumpuan ramai kepada Gateway, kes undang-undang lain membabitkan gereja Kristian itu kini didedahkan.
  • Gateway Church sebelum ini menyelesaikan tuntutan mahkamah di mana sekurang-kurangnya lima kakitangan gereja dituduh menyembunyikan serangan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh ahli Gateway yang tidak dinamakan, demikian menurut rekod mahkamah.
  • Menurut dokumen itu, tuntutan tersebut diselesaikan dalam lingkungan dua bulan sebelum tuduhan wanita itu terhadap Robert Morris. 

SOUTHLAKE, TEXAS – Berikutan peletakan jawatan Robert Morris daripada jawatan pastor kanan di Gateway Church, pelbagai dakwaan dan tuntutan mahkamah baharu terhadap gereja besar itu kini didedahkan, lapor WFAA.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa pengasas dan paderi kanan gereja Kristian itu melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dirinya berusia 12 tahun pada 1980-an.

Dengan tumpuan ramai kepada Gateway, kes undang-undang lain membabitkan gereja Kristian itu kini didedahkan.

Gateway Church sebelum ini menyelesaikan tuntutan mahkamah di mana sekurang-kurangnya lima kakitangan gereja dituduh menyembunyikan serangan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh ahli Gateway yang tidak dinamakan, demikian menurut rekod mahkamah.

Menurut dokumen itu, tuntutan tersebut diselesaikan dalam lingkungan dua bulan sebelum tuduhan wanita terbabit terhadap Robert Morris. 

Tuntutan itu difailkan di Tarrant County pada 2020 bagi pihak kanak-kanak itu dan ibu kanak-kanak tersebut, menurut rekod mahkamah.

Kedua-dua mereka (kanak-kanak itu dan ibunya) merupakan ahli Gateway Church dan kerap menghadiri khidmat dan majlis gereja sebelum gadis itu diserang secara seksual oleh ahli Gateway pada 2018, dakwa tuntutan mahkamah itu.

Plaintif menuntut ganti rugi lebih $200,000 tetapi tidak melebihi $5,000,000, menurut tuntutan mahkamah berkenaan.

Kes itu diselesaikan kira-kira dua bulan sebelum pengasas Gateway dan paderi kanannya, Robert Morris meletak jawatan di tengah-tengah dakwaan dia melakukan penderaan seksual terhadap seorang gadis ketika mangsa berusia 12 tahun pada tahun 80-an.

Tiga penatua gereja dan anak lelaki kepada Robert, pastor James Morris baru-baru ini turut mengumumkan percutian sementara mereka sementara berlangsungnya siasatan sebuah firma guaman luar terhadap dakwaan melibatkan pengasas gereja itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *