Terkini
Pengasas KK Mart, isteri & tiga pengarah lepas, bebas tuduhan isu stoking kalimah Allah
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dilaporkan melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
- Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dilaporkan melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
- Turut mendapat perintah DNA ialah tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd atas isu serupa selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.
- Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd, bagaimanapun masing-masing didenda RM60,000 berhubung isu sama.
KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dilaporkan melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Turut mendapat perintah DNA ialah tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd atas isu serupa selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.
Bagaimanapun, Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd masing-masing didenda RM60,000 berhubung isu sama.
Hakim Muhamad Anas Mahadzir memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan terdapat perkembangan baharu berhubung kes berkenaan.
Susulan itu, beliau mohon pertuduhan dibacakan semula terhadap semua tertuduh.
Sebaik pertuduhan dibacakan, wakil KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Tee Kok Hiem selaku pengurus besar syarikat itu mengaku bersalah, manakala Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Hui San turut membuat pengakuan sama.
Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui pada 26 Mac lalu dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedai serbaneka itu menjadi tumpuan sebelum ini, susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaiannya pada 13 Mac lalu. — The Merdeka Times