Antarabangsa
Pelampau Hindu bantah, tuntut binaan masjid di Chhattisgarh dirobohkan
Ketegangan memuncak di Rajnandgaon, Chhattisgarh, India pada 5 Julai lalu selepas anggota kumpulan militan dan pelampau Hindu, Bajrang Dal menyeru penduduk tempatan membantah pembinaan masjid di kawasan itu.
- Ketegangan memuncak di Rajnandgaon, Chhattisgarh, India pada 5 Julai lalu selepas anggota kumpulan militan dan pelampau Hindu, Bajrang Dal menyeru penduduk tempatan membantah pembinaan masjid di kawasan itu.
- Muslim Mirror melaporkan penunjuk perasaan menyuarakan bantahan terhadap pembinaan masjid itu dengan dakwaan bimbangkan ‘love jihad’, penyembelihan lembu dan pendatang haram dari Bangladesh di kawasan tersebut.
- Mereka melaungkan slogan menentang pembinaan masjid yang sedang berjalan selain mengancam dan menuntut supaya pihak pentadbiran daerah merobohkan bahagian masjid yang sedang dibina.
- Insiden terbaru negeri Chhattisgarh di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) itu menyaksikan peningkatan membimbangkan serangan menyasarkan secara khusus penganut Islam dan Kristian.
Ketegangan memuncak di Rajnandgaon, Chhattisgarh, India pada 5 Julai lalu selepas anggota kumpulan militan dan pelampau Hindu, Bajrang Dal menyeru penduduk tempatan membantah pembinaan masjid di kawasan itu.
Muslim Mirror melaporkan penunjuk perasaan menyuarakan bantahan terhadap pembinaan masjid itu dengan dakwaan bimbangkan ‘love jihad’, penyembelihan lembu dan pendatang haram dari Bangladesh di kawasan tersebut.
Menurut laporan, anggota kumpulan Bajrang Dal berkumpul dan berdemonstrasi berhampiran tapak pembinaan masjid.
Mereka melaungkan slogan menentang pembinaan masjid yang sedang berjalan selain mengancam dan menuntut supaya pihak pentadbiran daerah merobohkan bahagian masjid yang sedang dibina.
Mereka memberi amaran akan memulakan protes besar-besaran yang boleh mengganggu keharmonian kaum di kawasan itu jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Insiden terbaru di negeri Chhattisgarh di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) itu menyaksikan peningkatan membimbangkan serangan menyasarkan secara khusus penganut Islam dan Kristian.
Insiden pembantaian beramai-ramai sampai mati (lynching) dan serangan yang sering dilakukan kumpulan pelampau sayap kanan Hindu menimbulkan rasa takut dan tidak selamat komuniti tersebut. – The Merdeka Times