Connect with us

Antarabangsa

Liga Arab keluarkan Hizbullah daripada senarai organisasi pengganas

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki pada Sabtu mengumumkan Hizbullah tidak lagi dianggap sebagai organisasi pengganas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki pada Sabtu mengumumkan Hizbullah tidak lagi dianggap sebagai organisasi pengganas.
  • Negara anggota Liga Arab bersetuju untuk tidak lagi melabel parti politik Lubnan itu sebagai kumpulan pertubuhan pengganas.
  • Perkara itu diumumkan Zaki di Al-Qahera News Mesir mengatakan “negara anggota Liga bersetuju bahawa label Hizbullah sebagai organisasi pengganas tidak lagi terpakai”.
  • Liga Arab sebelum ini melabelkan kumpulan militan Syiah itu sebagai organisasi pengganas pada 2016, disokong 22 negara anggota dengan sokongan padu Arab Saudi.
  • Ketika ini, Hizbullah memainkan peranan utama dalam menjalankan operasi ketenteraan harian menyokong rakyat Palestin di Gaza dan mempertahankan Lubnan daripada pencerobohan Israel.

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki pada Sabtu mengumumkan Hizbullah tidak lagi dianggap sebagai organisasi pengganas.

Negara anggota Liga Arab bersetuju untuk tidak lagi melabel parti politik Lubnan itu sebagai kumpulan pertubuhan pengganas.

Perkara itu diumumkan Zaki di Al-Qahera News Mesir mengatakan bahawa “negara anggota Liga bersetuju label Hizbullah sebagai organisasi pengganas tidak lagi terpakai”.

Liga Arab sebelum ini melabelkan kumpulan militan Syiah itu sebagai organisasi pengganas pada 2016, disokong 22 negara anggota dengan sokongan padu Arab Saudi.

Perubahan status itu dilakukan di tengah-tengah ancaman Israel menjalankan peperangan habis-habisan terhadap Lubnan.

Ketika ini, Hizbullah memainkan peranan utama dalam menjalankan operasi ketenteraan harian menyokong rakyat Palestin di Gaza dan mempertahankan Lubnan daripada pencerobohan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *