Connect with us

Terkini

BlackRock penyokong LGBT

Kerajaan diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden WAFIQ, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Kerajaan diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.
  • Presiden WAFIQ, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata beliau sejak dari 2018 mengetahui BlackRock menyokong ‘Pride Month’ yang disambut setiap tahun pada Jun.
  • Katanya, seorang pengkaji yang menerbitkan penulisan di laman web WAFIQ berkaitan isu BlackRock dan LGBT ada mendedahkan syarikat-syarikat kecil di AS berdepan tekanan daripada BlackRock yang menjadi ‘fund manager’ dan menuntut ‘Pride Month’ diraikan.
  • So kebimbangan saya adalah kalau dia (BlackRock) start dengan MAHB nanti dan dia mula ada pegangan sahamkan maksudnya ada kepentingan dalam (MAHB) dan kalau dia menjadi shareholder yang banyak mengeluarkan duit untuk MAHB, adakah dia akan menuntut naratif dia diterima oleh airport kita?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Dr Rafidah Hanim tidak menolak kemungkinan dengan peratusan saham dimiliki BlackRock, ia akan menuntut berada dalam lembaga pengarah memandangkan syarikat diketahui sangat berpihak kepada peperangan dan konflik itu pasti menginginkan aset strategik sesuatu negara berada di bawahnya.
  • Sebelum ini, media melaporkan timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock menerusi Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata beliau sejak dari 2018 maklum dan mengetahui bahawa BlackRock menyokong ‘Pride Month’ yang disambut setiap tahun pada Jun.

Menurutnya, seorang pengkaji yang menerbitkan penulisan di laman web WAFIQ berkaitan isu BlackRock dan LGBT ada mendedahkan bahawa syarikat-syarikat kecil di Amerika Syarikat berdepan tekanan daripada BlackRock yang menjadi ‘fund manager’ dan menuntut ‘Pride Month’ diraikan.

BlackRock juga dikatakan menyalurkan sumbangan kepada syarikat-syarikat yang menyokong transgender dan mengisytiharkan akan bekerjasama rapat dengan kempen-kempen hak asasi untuk mempromosikan kelompok songsang itu.

So kebimbangan saya adalah kalau dia (BlackRock) start dengan MAHB nanti dan dia mula ada pegangan sahamkan maksudnya ada kepentingan dalam (MAHB) dan kalau dia menjadi shareholder yang banyak mengeluarkan duit untuk MAHB, adakah dia akan menuntut naratif dia diterima oleh airport kita?

“BlackRock menggunakan tekanan ekonomi untuk memaksa syarikat-syarikat yang mempunyai pergantungan kepada dia dan dia manage saham syarikat-syarikat kecil ini jadi kalau mereka tidak adapt ataupun tidak mengambil nilai yang sama dengan dia, maka mereka punya saham boleh menjunam,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Dr Rafidah Hanim tidak menolak kemungkinan dengan peratusan saham dimiliki BlackRock, ia akan menuntut untuk berada dalam lembaga pengarah memandangkan syarikat yang diketahui sangat berpihak kepada peperangan dan konflik itu pasti menginginkan aset strategik sesuatu negara berada di bawahnya.

“BlackRock is a powerful company sebenarnya so setengah orang kata ala 30 persen 70  persen kan but that 30 persen you give to a very powerful global corporation, 70 persen milik orang Malaysia yang kecil ini.

“Kita nak beritahu kerajaan bahawa apabila kita meletakkan sesuatu entiti, memberikan dia satu kedudukan ataupun kuasa yang kuat adakah kita mampu (menolak kemahuannya) nanti? Kita bimbang tanpa kita sedar kita akan merasa berat untuk bertegas ataupun rasa okey bagi sahaja BlackRock jalankan polisinya itu yang mana ia akan buka pintu (normalisasi LGBT) sikit demi sedikit,” katanya.

Beliau berkata usaha menyuntik ideologi songsang itu tidak akan dilakukan secara langsung, sebaliknya ia dapat dilihat menerusi normalisasi kecil dalam polisi syarikat.

Sebagai contoh beliau pernah melihat satu tinjauan syarikat di Malaysia meletakkan pilihan jantina mempunyai perkataan lelaki, wanita, bukan binari dan lain-lain yang merupakan antara cara paksaan secara halus untuk memainkan ideologi tersebut.

“Benda macam ini dia tidak akan datang secara direct — seperti BlackRock kata, “MAHB perlulah sokong LGBT”, tapi dia akan ada polisi-polisi korporat ke arah itu seperti cara kita memperkenalkan diri, kita tulis dekat emel, cara kita identify jantina kita di mana sudah ada syarikat yang letak others tidak lagi letak male dan female sahaja,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock menerusi Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

GIP pada Jumaat lalu bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

‘Demo Rakyat Lawan Anwar’: 10 individu beri keterangan di IPD Putrajaya

Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’ (baju hitam tengah).
  • 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.
  • Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.
  • “Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” kata Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’.

KUALA LUMPUR — Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’, berkata dua individu lain yang dipanggil terdiri dari aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. 

Beliau berkata mereka diambil keterangan secara berasingan dan memberi kerjasama kepada polis.

“Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” katanya. 

Sembilan individu yang hadir ialah Tengku Intan Tengku Abdul Hamid; Siti Nuraliana Zulaikha Olivia; Mohd Zubir Embong; Nurpais Ismail; Lim Chue Har (Michelle Foo); Mohd Faizal Hassan; Shee Chee Weng (Alex) dan Dr Fathul Farisan Ab Rahman serta peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah dibuka susulan himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending