Connect with us

Antarabangsa

Konsert Bruno Mars: Zionis dan penyokong genosid tidak dialu-alukan – BDS Malaysia

Bruno Mars adalah seorang penyanyi berbakat, tetapi bakat bukanlah ’lesen’ untuk artis itu ‘menutup mata’ terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) berlaku di Gaza, kata Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Bruno Mars adalah seorang penyanyi berbakat, tetapi bakat bukanlah ’lesen’ untuk artis itu ‘menutup mata’ terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) berlaku di Gaza, kata Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.
  • BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram berkata zionis dan mana-mana individu yang menyokong genosid tidak dialu-alukan di Malaysia.
  • “Kami menyeru Bruno Mars berdiri bersama Palestin dan mengutuk semua kekejaman yang jelas didokumentasikan dan menentang tindakan jenayah ke atas warga Palestin.
  • “Atau berdepan (tindakan) pembatalan sehingga dia berbuat demikian (mengutuk serangan zionis Israel)”, kata BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram.
  • Bruno Mars yang juga pro-zionis dilaporkan akan kembali mengadakan konsert solo di Malaysia pada 17 September ini, sekaligus mengundang protes rakyat negara ini, khususnya umat Islam.

KUALA LUMPUR – Bruno Mars adalah seorang penyanyi berbakat, tetapi bakat bukanlah ’lesen’ untuk artis itu ‘menutup mata’ terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) berlaku di Gaza, kata Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.

BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram berkata zionis dan mana-mana individu yang menyokong genosid tidak dialu-alukan di Malaysia.

Bruno Mars yang juga pro-zionis dilaporkan akan kembali mengadakan konsert solo di Malaysia pada 17 September ini, sekaligus mengundang protes rakyat negara ini, khususnya umat Islam.

“Bruno Mars adalah seorang artis berbakat tetapi bakat bukanlah alasan untuk menutup mata terhadap pembunuhan beramai-ramai berterusan sesama manusia.

“Walaupun rakyat Palestin telah dan masih dibersihkan secara etnik dari tanah air mereka, Bruno secara terbuka mengisytiharkan sokongannya kepada (golongan) penindas – negara aparteid Israel,” kata BDS Malaysia.

Hantaran di Instagram BDS Malaysia dimuat naik dengan poster grafik tertulis “Katakan tidak kepada Bruno” dan “Zionis dan penyokong-penyokong genosid tidak dialu-alukan di Malaysia”.

“Kami menyeru Bruno Mars berdiri bersama Palestin dan mengutuk semua kekejaman yang jelas didokumentasikan dan menentang tindakan jenayah ke atas warga Palestin.

“Atau berdepan (tindakan) pembatalan sehingga dia berbuat demikian (mengutuk serangan zionis Israel)”, kata BDS Malaysia. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending