Connect with us

Terkini

(VIDEO) PM tegaskan MAHB tidak pernah dijual kepada pihak asing

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak dijual kepada syarikat asing sebagaimana naratif itu dimainkan segelintir pihak ketika ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Kita nak jelaskan ini dulu seperti mana dibangkitkan pertama dengan perubahan ini pemilikan Khazanah dan KWSP meningkat dari 41 peratus kepada 70. Ini berbeda dengan naratif di luar seolah ada penjualan. Tiada penjualan MAHB kepada syarikat asing. 
  • “Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh ADIA dan GIP, itu saya nak jelaskan fakta… Apakah kita ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
  • Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar-BN, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah yang meminta beliau menjelaskan tentang keputusan konsortium (para pemegang saham) syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak dijual kepada syarikat asing sebagaimana naratif itu dimainkan segelintir pihak ketika ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penstrukturan semula MAHB itu sebaliknya akan meningkatkan pemilikan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 41 peratus kepada 70 peratus.

“Sekarang berbangkit soal konsortium MAHB yang dimiliki sekitar 41 peratus oleh Khazanah dan KWSP mengizinkan syarikat asing khususnya GIP (Global Infrastructure Partners) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) untuk memiliki bersama (saham sebanyak) 30 peratus.

“Kita nak jelaskan ini dulu seperti mana dibangkitkan pertama dengan perubahan ini pemilikan Khazanah dan KWSP meningkat dari 41 peratus kepada 70. Ini berbeda dengan naratif di luar seolah ada penjualan. Tiada penjualan MAHB kepada syarikat asing. 

“Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh ADIA dan GIP, itu saya nak jelaskan fakta… Apakah kita ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar-BN, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah yang meminta beliau menjelaskan tentang keputusan konsortium (para pemegang saham) syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

Ini susulan GIP sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis, BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

GIP pada Jumaat lalu bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA).

Mengulas lanjut, Anwar berkata perubahan dilakukan tersebut juga hanya melibatkan pengurusan MAHB yang menguruskan lapangan terbang dan ia kekal milik Malaysia.

Katanya, situasi itu sama seperti MAHB diberi izin oleh Kerajaan Turkiye untuk menguruskan Istanbul Sabiha Gökçen International Airport, namun pemilikan ia kekal milik negara republik tersebut.

“Faktor keselamatan tidak berbangkit kerana (MAHB) masih milik kerajaan satu, keselamatan tanggungjawab kerajaan, pengerusi syarikat dan CEO masih rakyat Malaysia,” katanya menjawab soalan berkenaan isu keselamatan negara dalam pengambil alihan saham itu kerana ia membabitkan lapangan terbang. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *