Connect with us

Antarabangsa

Kepuasan hidup umat Islam paling tinggi berbanding Kristian, Buddha dan Yogi – Kajian

Muslim didapati paling berpuas hati dengan kehidupan mereka kerana lebih merasakan “kesatuan” atau hubungan berbanding penganut agama lain, demikian menurut kajian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Muslim didapati paling berpuas hati dengan kehidupan mereka kerana lebih merasakan “kesatuan” atau hubungan berbanding penganut agama lain, demikian menurut kajian.
  • Mengukur kepuasan hidup adalah cara terbaik setakat ini untuk menyamai ukuran “kebahagiaan” dan kajian pada 2019 oleh ahli psikologi Jerman mencadangkan perasaan “kesatuan” (oneness) dapat meramalkan kepuasan hidup kelompok itu secara keseluruhan, lapor Daily Mail.
  • Penyelidik membahagikan 67,562 responden kaji selidik mengikut agama dan orang Islam didapati merasakan perasaan kesatuan paling tinggi.
  • Ahli psikologi mendapati idea ‘kesatuan’ sebagai faktor utama menghubungkan jiwa spiritual individu merentas agama.
  • Prinsip paling utama dalam Islam dikenali sebagai “Tawhid” merupakan konsep kesatuan yang menyeru manusia untuk menyembah Tuhan yang satu (monoteisme).

Muslim didapati paling berpuas hati dengan kehidupan mereka kerana lebih merasakan “kesatuan” atau hubungan berbanding penganut agama lain, demikian menurut kajian.

Mengukur kepuasan hidup adalah cara terbaik setakat ini untuk menyamai ukuran “kebahagiaan” dan kajian pada 2019 oleh ahli psikologi Jerman mencadangkan perasaan “kesatuan” (oneness) dapat meramalkan kepuasan hidup kelompok itu secara keseluruhan, lapor Daily Mail.

Penyelidik membahagikan 67,562 responden kaji selidik mengikut agama dan orang Islam didapati merasakan perasaan kesatuan paling tinggi.

Ahli psikologi mendapati idea ‘kesatuan’ sebagai faktor utama menghubungkan jiwa spiritual individu merentas agama.

Prinsip paling utama dalam Islam dikenali sebagai “Tawhid” merupakan konsep kesatuan yang menyeru manusia untuk menyembah Tuhan yang satu (monoteisme).

Penyelidik di Universiti Mannheim di Jerman dilaporkan ingin memahami bagaimana kesatuan mempengaruhi kepuasan hidup merentas agama.

Mereka meninjau lebih 67,000 responden dari pelbagai kewarganegaraan tentang afiliasi agama mereka dan menggunakan soalan direka khas untuk menilai sejauh mana mereka merasa berhubung (connected) dan puas.

Dalam kalangan semua kumpulan, orang Islam paling cenderung mempercayai mereka rasa terhubung kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri, menurut kajian diterbitkan jurnal Persatuan Psikologi Amerika itu.

“(Keputusan ini) jelas menunjukkan keselarian di antara hubungan kepercayaan kesatuan dan kepuasan hidup selari dengan andaian yang diperoleh daripada tulisan kesusasteraan: kepercayaan berkenaan kesatuan penentu signifikan kepuasan hidup dari masa ke masa, manakala tiada kesan berbalik berkenaan kepuasan hidup terhadap kepercayaan kesatuan,” demikian menurut penyelidik kajian yang juga Ahli Psikologi di Universiti Mannheim, Dr Laura Marie Edinger-Schons.

Adalah sukar untuk mengukur bagaimana perasaan spiritual “kesatuan” dan keterhubungan (connection) mengubah otak dan tubuh kita.

Tetapi kita tahu bahawa hubungan sosial yang kuat mendorong banyak perkara dari penyebab kepada panjangnya umur sehingga ke sistem imun lebih baik, empati lebih kukuh dan berkurangnya kebimbangan dan kemurungan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *