Connect with us

Antarabangsa

AS akur arahan Netanyahu salur senjata buat Israel

Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Duta Besar AS ke Israel, Jack Lew (kanan).
  • Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.
  • “Duta Besar AS ke Israel Jack Lew memberitahu Perdana Menteri Netanyahu semalam bahawa peluru dan senjata yang dirujuk PM itu dalam proses dihantar ke Israel. 
  • Netanyahu pada Selasa mengkritik Washington kerana menahan senjata dan peluru untuk kegunaan Israel.

Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.

“Duta Besar AS ke Israel Jack Lew memberitahu Perdana Menteri Netanyahu semalam bahawa peluru dan senjata yang dirujuk PM itu dalam proses dihantar ke Israel. 

“Perdana Menteri Netanyahu berkata beliau menjangkakan perkara itu akan berlaku dan mengarahkan pasukan Israel untuk bekerjasama dengan rakan sejawat mereka dari Amerika untuk tujuan itu,” kata Pejabat Perdana Menteri itu dalam satu hantaran di X.

Netanyahu pada Selasa mengkritik Washington kerana menahan senjata dan peluru untuk kegunaan Israel.

“Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam beberapa bulan lalu, pentadbiran (AS) telah menahan senjata dan peluru daripada Israel,” katanya memberitahu Setiausaha Negara AS Antony Blinken semasa lawatannya ke Tel Aviv baru-baru ini.

Menurut sumber Amerika dan Israel, AS merupakan penyumbang besar senjata dan peluru kepada Israel sejak permulaan perang ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Presiden AS Joe Biden sebelum ini menggantung perjanjian senjata dengan Israel atas alasan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ketika ini lebih 37,400 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dengan lebih 85,400 yang lain cedera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending