Terkini
Bekas bendahari Hindu Sangam peluk Islam
Bekas bendahari Hindu Sangam yang menyifatkan dirinya sebagai penganut agama Hindu yang sangat tegas dan degil, memeluk agama Islam pada Selasa.
- Pengislaman Aminah Pooranam itu sekali gus menyaksikan beliau mengikuti langkah anak sulungnya, Abd Rahman yang memeluk agama Islam pada 1988, manakala anak perempuannya pula Alysha memeluk Islam 11 tahun lalu dan menantu lelakinya, Razman Roy atau panggilan lebih mesra Roy memeluk Islam 15 tahun lalu.
- Antara perkara mendorong pengislaman beliau adalah apabila beliau merasai sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu-Muslim dan anak menantu beliau yang melayaninya dengan sangat baik, bahkan layanan itu kadang-kadang jauh lebih baik daripada keluarga beliau sendiri.
- “Saya seorang Hindu yang sangat tegas. Sangat sangat tegas. Saya pernah membina kuil Hindu di Seremban, menyokongnya dengan wang saya sendiri & merupakan bekas bendahari Hindu Sangam tau. Saya seorang yang sangat degil awak tahu. Tiada siapa yang boleh meyakinkan saya tentang apa-apa jika saya tidak mahu.
- “Jadi hari itu selepas saya dimasukkan ke hospital ah, saya rasa panggilan itu sudah ada. Hidayahlah, seperti apa yang mereka sebut. Saya suruh mereka hubungi ustaz, saya nak masuk Islam. Awak tahu, saya berasa sangat gembira dan damai walaupun hanya dengan mengatakannya,” katanya ketika ditanyakan bagaimana beliau menyakinkan dirinya untuk memeluk agama Islam, sedangkan beliau seorang yang degil.
- Kisah pengislaman Aminah Pooranam itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau, semalam selepas membantu mengislamkan wanita berkenaan atas permintaannya sendiri.
KUALA LUMPUR — Bekas bendahari Hindu Sangam yang menyifatkan dirinya sebagai penganut agama Hindu yang sangat tegas dan degil, memeluk agama Islam pada Selasa.
Pengislaman Aminah Pooranam itu sekali gus menyaksikan beliau mengikuti langkah anak sulungnya, Abd Rahman yang memeluk agama Islam pada 1988, manakala anak perempuannya pula Alysha memeluk Islam 11 tahun lalu dan menantu lelakinya, Razman Roy atau panggilan lebih mesra Roy memeluk Islam 15 tahun lalu.
Aminah Pooranam berkata antara perkara mendorong pengislaman beliau adalah apabila merasai sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu-Muslim dan anak menantu beliau yang melayaninya dengan sangat baik, bahkan layanan itu kadang-kadang jauh lebih baik daripada keluarga beliau sendiri.
Katanya, sekalipun beliau seorang yang sangat degil, namun beliau sentiasa ingin bersama dengan orang baik.
“Saya seorang Hindu yang sangat tegas. Sangat sangat tegas. Saya pernah membina kuil Hindu di Seremban, menyokongnya dengan wang saya sendiri & merupakan bekas bendahari Hindu Sangam tau. Saya seorang yang sangat degil awak tahu. Tiada siapa yang boleh meyakinkan saya tentang apa-apa jika saya tidak mahu.
“Awak tahu ah, saya dah cakap saya seorang yang sangat degil tapi saya sentiasa ingin bersama orang baik. Rakan-rakan Melayu Islam saya dan anak saya ini (Alysha), suaminya (Razman Roy) dan menantu saya (Norliza), awak tahu mereka semua melayan saya dengan sangat baik. Menantu saya ini, Roy melayan saya dengan sangat baik. Rakan saya yang beragama Islam melayan saya dengan begitu baik kadang-kadang lebih baik daripada keluarga saya sendiri!
“Jadi hari itu selepas saya dimasukkan ke hospital ah, saya rasa panggilan itu sudah ada. Hidayahlah, seperti apa yang mereka sebut. Saya suruh mereka hubungi ustaz, saya nak masuk Islam. Awak tahu, saya berasa sangat gembira dan damai walaupun hanya dengan mengatakannya,” katanya ketika ditanyakan bagaimana beliau menyakinkan dirinya untuk memeluk agama Islam, sedangkan beliau seorang yang degil.
Kisah pengislaman Aminah Pooranam itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau, semalam selepas membantu mengislamkan wanita berkenaan atas permintaannya sendiri.
Firdaus Wong yang juga pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata beliau percaya ramai lagi masyarakat luar bakal mengikut jejak langkah Aminah Pooranam yang awalnya mengatakan beliau adalah seorang ‘staunch’ Hindu, namun akhirnya memeluk Islam kerana keikhlasan dan keterbukaan beliau sendiri.
“Mereka setuju dengan kenyataan saya bahawa hanya yang ikhlas, rasional dan berani sahaja yang akan memeluk Islam dan kekal sebagai Muslim.
“Sebelum beredar, Roy juga berkata kepada saya; “In Sha Allah Ustaz, I will try to invite more people to know and become Muslim. Doa for me Ustaz.”,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/