Connect with us

Antarabangsa

Perenang transgender dilarang bertanding Sukan Olimpik

Perenang transgender, Lia Thomas dilarang bertanding dalam Sukan Olimpik selepas tewas dalam pertarungan undang-undang bagi membatalkan peraturan yang menghalang penyertaannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perenang transgender, Lia Thomas.
  • Perenang transgender, Lia Thomas dilarang bertanding dalam Sukan Olimpik selepas tewas dalam pertarungan undang-undang bagi membatalkan peraturan yang menghalang penyertaannya.
  • Pemain berusia 25 tahun itu terkenal selepas memenangi gelaran perenang Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan (NCAA) wanita pada Mac 2022 yang merupakan gelaran tertinggi peringkat kolej Amerika Syarikat (AS).
  • Namun, pada musim panas tahun itu, badan tadbir renang World Aquatics (WA), memperkenalkan perubahan peraturan yang akan melarang sesiapa yang telah melalui “mana-mana bahagian akil baligh lelaki” daripada bertanding dalam kategori wanita.
  • Thomas sebelum ini merupakan perenang pasukan lelaki Pennsylvania selama tiga musim sebelum memulakan terapi penggantian hormon pada awal 2019 yang dengan itu terkesan dengan perubahan peraturan tersebut.
  • Bagaimanapun, kesnya dibatalkan atas faktor teknikal disebabkan Thomas “tidak berhak terlibat dengan kelayakan untuk bersaing dalam pertandingan WA seperti Olimpik atau kejohanan dunia” kerana dia bukan lagi ahli renang AS.

Perenang transgender, Lia Thomas dilarang bertanding dalam Sukan Olimpik selepas tewas dalam pertarungan undang-undang bagi membatalkan peraturan yang menghalang penyertaannya.

Atlet berusia 25 tahun itu terkenal selepas memenangi gelaran perenang Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan (NCAA) wanita pada Mac 2022 yang merupakan gelaran tertinggi peringkat kolej Amerika Syarikat (AS).

Namun, pada musim panas tahun itu, badan tadbir renang World Aquatics (WA), memperkenalkan perubahan peraturan yang akan melarang sesiapa yang telah melalui “mana-mana bahagian akil baligh lelaki” daripada bertanding dalam kategori wanita.

Thomas sebelum ini merupakan perenang pasukan lelaki Pennsylvania selama tiga musim sebelum memulakan terapi penggantian hormon pada awal 2019 yang dengan itu terkesan dengan perubahan peraturan tersebut.

Sebagai tindak balas terhadap peraturan itu, dia melakukan cabaran undang-undang meminta Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan peraturan itu kerana menurutnya, ia tidak sah, menyalahi undang-undang dan mendiskriminasi.

Bagaimanapun, kesnya dibatalkan atas faktor teknikal disebabkan Thomas “tidak berhak terlibat dengan kelayakan untuk bersaing dalam pertandingan WA seperti Olimpik atau kejohanan dunia” kerana dia bukan lagi ahli renang AS.

Keputusan itu menamatkan sebarang harapan yang masih ada pada Thomas untuk bertanding di Sukan Olimpik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *