Antarabangsa
Pengetua sekolah ideologi Hindutva rogol pelajar
Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.
- Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.
- Selepas terbongkarnya perbuatan tertuduh menerusi video lucah, polis mendaftarkan kes itu dan mula mencari tertuduh, mengerahkan beberapa pasukan untuk menangkapnya.
- Pengetua terbabit, DK Mishra, dilaporkan rapat dengan keluarga gadis miskin itu dengan alasan untuk membantunya dan keluarganya.
- Tertuduh juga dilapor mengeksploitasi pelajar perempuan malang itu secara seksual untuk masa yang lama, menurut pegawai itu.
Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.
Selepas terbongkarnya perbuatan tertuduh menerusi video lucah, polis mendaftarkan kes itu dan mula mencari tertuduh, mengerahkan beberapa pasukan untuk menangkapnya.
Seorang pegawai polis berkata pengetua terbabit, DK Mishra, rapat dengan keluarga gadis miskin itu dengan alasan untuk membantunya dan keluarganya.
Dengan tabiat tertuduh sering melawat keluarganya, dia didakwa merogol gadis itu di sekolah dengan alasan membantunya, kata seorang pegawai.
Tertuduh juga dilaporkan mengeksploitasi pelajar perempuan malang itu secara seksual untuk masa yang lama.
“Tertuduh melarikan diri walaupun beberapa pasukan telah dibentuk untuk menahannya.
“Polis sedang menyiasat keseluruhan kes ini. Dia akan ditangkap tidak lama lagi,” kata Ketua Polis Daerah Sirathu, Avdhesh Vishwakarma dipetik ETV Bharat.
Difahamkan, pengetua terbabit pernah didakwa merogol pelajar bawah umur sehingga menyebabkan dia dipukul penduduk kampung.
RSS disifatkan sebagai kumpulan pelampau Hindu (Hindutva) di India. – The Merdeka Times