Connect with us

Terkini

Pecat pemandu e-hailing hina Islam! – Gabungan e-hailing Malaysia

Syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas, termasuk menghentikan perkhidmatan pemandu yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam di hadapan pelancong asing susulan tular video berkenaannya di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemandu E-Hailing (kiri) & Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal (kanan).
  • Syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas, termasuk menghentikan perkhidmatan pemandu yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam dihadapan pelancong asing susulan tular video berkenaannya di media sosial.
  • Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal meluahkan rasa kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.
  • “Apa diperkatakan pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit. 
  • “Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya dipetik Berita Harian di sini  pada Selasa.
  • Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • Dalam video dirakam pelancong asing tersebut, pemandu itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

KUALA LUMPUR — Syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas, termasuk menghentikan perkhidmatan pemandu yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam di hadapan pelancong asing susulan tular video berkenaannya di media sosial.

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal meluahkan rasa kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.

“Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit. 

“Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya dipetik Berita Harian di sini  pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial kerana didakwa memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Berdasarkan video tular berdurasi lebih dua minit itu, lelaki berbangsa Cina tersebut mendakwa tidak adil baginya apabila rakyat agama lain diminta mengikuti peraturan-peraturan agama Islam.

Dalam video dirakam pelancong asing tersebut, pemandu itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

Mengulas lanjut, Jose Rizal berkata syarikat pengendali perlu mempertingkatkan amaran dan memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya kesilapan seumpama itu tidak diulangi lagi.

“Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara (rosakkan keharmonian). 

“Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing bertanggungjawab menyediakan garis panduan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu bagi mengelak perkara ini berulang,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *