Connect with us

Antarabangsa

Sembilan negara Eropah tidak tandatangani deklarasi hak LGBTQ+ EU

Itali antara sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) tidak menandatangani deklarasi mempromosikan dasar Eropah dalam menyokong komuniti LGBTQ+ pada 17 Mei lalu, lapor saluran berita tempatan Itali, ANSA.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Itali antara sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) tidak menandatangani deklarasi mempromosikan dasar Eropah dalam menyokong komuniti LGBTQ+ pada 17 Mei lalu, lapor saluran berita tempatan Itali, ANSA.
  • Negara EU itu adalah Itali, Hungary, Romania, Bulgaria, Croatia, Lithuania, Latvia, Republik Czech dan Slovakia.
  • Itali dilaporkan tidak menandatangani teks mengenai hak gay itu kerana ia menyamai rang undang-undang yang dicadangkan ahli parlimen Parti Demokratik berhaluan tengah dan aktivis gay Itali, Alessandro Zan. 
  • Pink News melaporkan rang undang-undang itu mencadangkan peningkatan penalti bagi diskriminasi berbentuk anti-LGBTQ+.

Itali antara sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) tidak menandatangani deklarasi mempromosikan dasar Eropah dalam menyokong komuniti LGBTQ+ pada 17 Mei lalu, lapor saluran berita tempatan Itali, ANSA.

Negara EU itu adalah Itali, Hungary, Romania, Bulgaria, Croatia, Lithuania, Latvia, Republik Czech dan Slovakia.

Itali dilaporkan tidak menandatangani teks mengenai hak gay itu kerana ia menyamai rang undang-undang yang dicadangkan Ahli Parlimen Parti Demokratik dan aktivis gay Itali, Alessandro Zan. 

Pink News melaporkan rang undang-undang itu mencadangkan peningkatan penalti bagi diskriminasi berbentuk anti-LGBTQ+.

“Itali tidak menandatangani bersama-sama satu pertiga daripada negara anggota (EU) deklarasi mempromosikan dasar Eropah yang memihak kepada komuniti LGBTQ+ kerana sebenarnya ia tidak seimbang pada identiti jantina.

“Justeru itu pada dasarnya (ia juga) kandungan rang undang-undang Zan,” kata sumber Kementerian Keluarga.

Deklarasi itu dibentangkan Presiden Belgium kepada negara anggota EU dan disediakan pada Hari Sedunia Menentang Homophobia, Transphobia dan Biphobia. 

Secara keseluruhan, pengisytiharan itu disokong 18 daripada 27 negara anggota EU. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *