Antarabangsa
Pelindung lembu Gujarat bunuh lelaki hantar kerbau, polis enggan iktiraf jenayah perkauman
Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.
- Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.
- Mangsa diserang sekumpulan lelaki menggunakan batang besi yang mendakwa diri mereka sebagai “gau rakshaks” atau “pelindung lembu”.
- Ahli keluarga menggambarkan Mishri Khan Jume Khan Baloch sebagai seorang lelaki rajin, bekerja sebagai buruh di daerah Banaskantha, Gujarat untuk menyara keluarganya.
- Menurut laporan maklumat pertama (FIR) yang didaftarkan bagi kes tersebut dan diakses The Wire, Baloch dan rakannya Hussain Khan keluar untuk menghantar dua ekor kerbau kepada kakak Baloch selepas membeli haiwan itu dari pasar ternakan tempatan.
- Tertuduh dikenali sebagai Akherajsinh Parbatsinh Vaghela, Nikulsinh, Jagatsinh, Pravinsinh dan Hamirbhai Thakor didakwa atas kesalahan membunuh, menahan secara salah, intimidasi jenayah dan konspirasi jenayah, demikian menurut FIR itu.
Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.
Mangsa diserang sekumpulan lelaki menggunakan batang besi yang mendakwa diri mereka sebagai “gau rakshaks” atau “pelindung lembu”.
Ahli keluarga menggambarkan Mishri Khan Jume Khan Baloch sebagai seorang lelaki rajin, bekerja sebagai buruh di daerah Banaskantha, Gujarat untuk menyara keluarganya.
Menurut laporan maklumat pertama (FIR) yang didaftarkan bagi kes tersebut dan diakses The Wire, Baloch dan rakannya Hussain Khan keluar untuk menghantar dua ekor kerbau kepada kakak Baloch selepas membeli haiwan itu dari pasar ternakan tempatan.
Tertuduh dikenali sebagai Akherajsinh Parbatsinh Vaghela, Nikulsinh, Jagatsinh, Pravinsinh dan Hamirbhai Thakor didakwa atas kesalahan membunuh, menahan secara salah, intimidasi jenayah dan konspirasi jenayah, demikian menurut FIR itu.
Semasa lelaki-lelaki tersebut memukul Baloch, rakannya Hussain yang memandu kenderaan melarikan diri dari tempat kejadian.
Polis enggan mengiktiraf kes itu sebagai jenayah perkauman.
Ironinya, serangan terhadap Baloch berlaku pada bulan sama Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata dalam satu perhimpunan kempen di Gujarat bahawa jika seseorang mempunyai dua ekor kerbau, pihak Parti Kongres akan cuba mengambil satu daripadanya. – The Merdeka Times