Connect with us

Terkini

Tidak timbul isu sekolah daif lewat dinaik taraf – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak timbul isu kelewatan menaik taraf sekolah daif di Malaysia susulan usaha itu dilaksanakan berdasarkan giliran dan jadual ditetapkan kerajaan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan sangat komited memastikan akses pendidikan terbaik untuk murid di negara ini dan proses menambah baik sekolah usang dilakukan berterusan. 
  • “Semua projek adalah mengikut tempoh masa ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), jadi tak timbul isu ini (kelewatan naik taraf sekolah daif).
  • “(Sebaliknya) ia dipantau ketat, kita ada ‘dashboard’ kita untuk pantau sekolah daif ini. Insya-Allah semuanya akan kita pastikan siap mengikut garis masa yang telah kita tetapkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Khamis ketika mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya KPM menghapuskan segala birokrasi menyulitkan, sebaliknya segera menyelesaikan isu sekolah daif.
  • Fadhlina berkata 694 sekolah daif di bawah kementeriannya berjaya disiapkan sepenuhnya setakat Mac tahun ini dengan 216 projek kini dalam peringkat prabina.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak timbul isu kelewatan menaik taraf sekolah daif di Malaysia susulan usaha itu dilaksanakan berdasarkan giliran dan jadual ditetapkan kerajaan. 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kerajaan sangat komited memastikan akses pendidikan terbaik untuk murid di negara ini dan proses menambah baik sekolah usang dilakukan berterusan. 

“Semua projek adalah mengikut tempoh masa ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), jadi tak timbul isu ini (kelewatan naik taraf sekolah daif).

“(Sebaliknya) ia dipantau ketat, kita ada ‘dashboard’ kita untuk pantau sekolah daif ini. Insya-Allah semuanya akan kita pastikan siap mengikut garis masa yang telah kita tetapkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Khamis ketika mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya KPM menghapuskan segala birokrasi menyulitkan, sebaliknya segera menyelesaikan isu sekolah daif.

Ia susulan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Ahad dilaporkan mendedahkan terdapat 19 sekolah di Johor dikategorikan sebagai sekolah daif, berdepan masalah bumbung bocor, kerosakan kerusi meja dan struktur bangunan tidak selamat digunakan.

Onn Hafiz berkata daripada angka tersebut, 14 sekolah diluluskan peruntukan untuk dibaiki sejak 2021, namun selepas tiga tahun tiada satu pun projek sekolah daif tersebut berjaya disiapkan.

Fadlina berkata 694 sekolah daif di bawah kementeriannya berjaya disiapkan sepenuhnya setakat Mac tahun ini dengan 216 projek kini dalam peringkat prabina.

“Lebih 600 sekolah telah pun kita selesaikan daripada lebih 1,000 sekolah dan tinggal lebih kurang 300 lebih sahaja lagi yang tak siap. 

“Jadi proses itu sentiasa kita tambah baik dari semasa ke semasa sebab itu apabila Kerajaan Madani mengambil alih kerajaan, ini tumpuan utama kita dalam menyelesaikan isu sekolah daif yang tidak pernah diselesaikan secara berfokus dengan baik sebelum ini. 

“Kita bekerja dengan sangat pantas dengan kerjasama daripada agensi lain dan insya-Allah kita akan siapkan semua projek sebagaimana komitmen kita di peringkat Persekutuan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *