Connect with us

Terkini

Kes gangguan seksual: Pengadu, Firdaus Wong tidak berpakat jatuhkan Ebit Lew

Pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menafikan dia berpakat dengan Firdaus Wong Wai Hung untuk menjatuhkan pendakwah tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kiri) dan Pendakwah Terkenal, Ebit Lew (kanan).
  • Pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menafikan dia berpakat dengan Firdaus Wong Wai Hung untuk menjatuhkan pendakwah tersebut.
  • Dalam keterangan pengadu sebagai saksi kesembilan kes itu turut memberitahu mahkamah dia tidak pernah berjumpa Firdaus Wong yang juga saksi pendakwaan ketiga sehingga laporan polis dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
  • “Firdaus Wong ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa seksual, maksud saya sebab itulah kami dibawa berjumpa dengan beliau,” katanya dipetik Sinar Harian ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Khamis.
  • Wanita terbabit turut memaklumkan perkara itu selepas ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dalam pemeriksaan utama mengenai tujuan dia dibawa berjumpa dengan Firdaus Wong selepas membuat laporan polis.
  • Saksi kesembilan itu berkata Firdaus Wong juga tidak menawarkannya sebarang bayaran atau imbuhan kepadanya untuk membuat laporan polis.
  • Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

KUALA LUMPUR — Pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menafikan dia berpakat dengan Firdaus Wong Wai Hung untuk menjatuhkan pendakwah tersebut.

Dalam keterangan pengadu sebagai saksi kesembilan kes itu turut memberitahu mahkamah dia tidak pernah berjumpa Firdaus Wong yang juga saksi pendakwaan ketiga sehingga laporan polis dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Firdaus Wong ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa seksual, maksud saya sebab itulah kami dibawa berjumpa dengan beliau,” katanya dipetik Sinar Harian ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Khamis.

Wanita terbabit turut memaklumkan perkara itu selepas ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dalam pemeriksaan utama mengenai tujuan dia dibawa berjumpa dengan Firdaus Wong selepas membuat laporan polis.

Saksi kesembilan itu berkata Firdaus Wong juga tidak menawarkannya sebarang bayaran atau imbuhan kepadanya untuk membuat laporan polis.

Saksi dalam keterangannya juga mengaku ada menceritakan kejadian gangguan seksual yang dihadapinya kepada saksi pendakwaan pertama iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan Firdaus Wong.

“Saya ceritakan kepada Akhi Fairuz selepas 26 Julai 2021 dan Firdaus Wong pada pertama kali kami berjumpa, selepas saya membuat laporan,” katanya.

Bagaimanapun, cerita disampaikan kepada mereka tidak terperinci sebagaimana diberitahu kepada pihak polis yang merakam keterangannya.

“Tidak, sebab masa kami berjumpa singkat saja. Saya jumpa dengan Firdaus Wong tidak lama lepas itu dengan Akhi Fairuz, saya cerita hanya melalui telefon,” katanya.

Sebelum itu, saksi memberitahu mahkamah dia membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Aman, bukan di Tenom pada 7 Ogos 2021 kerana Ebit Lew adalah seorang pendakwah.

Ketika laporan polis dibuat, Akhi Fairuz turut bersama kerana beliau merupakan saksi sebelum mengajak untuk bertemu Firdaus Wong.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *