Antarabangsa
‘Prasyarat keamanan di Timur Tengah’, Ireland, Sepanyol dan Norway iktiraf negara Palestin
Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.
- Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway umum rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.
- Langkah itu berkemungkinan membantu meningkatkan perjuangan warga Palestin di peringkat global.
- Ketiga-tiga negara Eropah itu dilaporkan menyifatkan keputusan terbabit sebagai cara terbaik untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.
- Susulan keputusan itu, negara haram Israel menarik balik serta-merta dutanya dari negara-negara Eropah itu.
- Lebih 140 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf hak kenegaraan Palestin.
- Hanya beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), yang dianggotai 27 negara, berbuat demikian.
- Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre berkata negara Palestin adalah “prasyarat mencapai keamanan di Timur Tengah”.
Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.
Langkah itu berkemungkinan membantu meningkatkan perjuangan warga Palestin di peringkat global.
Ketiga-tiga negara Eropah itu dilaporkan menyifatkan keputusan terbabit sebagai cara terbaik untuk mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.
Susulan keputusan itu, negara haram Israel menarik balik serta-merta dutanya dari negara-negara Eropah itu.
Lebih 140 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf hak kenegaraan Palestin.
Hanya beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), yang dianggotai 27 negara, berbuat demikian.
“Hari ini, Ireland, Norway dan Sepanyol mengumumkan bahawa kami mengiktiraf negara Palestin. Setiap daripada kita kini akan melakukan apa sahaja langkah negara yang diperlukan supaya dilaksanakan keputusan itu,” kata Perdana Menteri Ireland, Simon Harris pada sidang akhbar di Dublin pada Rabu dipetik media antarabangsa.
Menteri Luar Ireland, Micheál Martin dilaporkan berkata pengiktirafan itu akan berkuat kuasa di ketiga-tiga negara pada 28 Mei ini.
“Pengiktirafan ini bukan tentangan terhadap orang Israel dan sudah tentu bukan tentangan terhadap orang Yahudi,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez.
Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre pula dilaporkan berkata negara Palestin adalah “prasyarat mencapai keamanan di Timur Tengah”.
“Tidak akan ada keamanan di Timur Tengah tanpa penyelesaian dua negara,” kata Støre dalam kenyataan menambah, “Tidak ada penyelesaian dua negara tanpa negara Palestin”. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di pautan https://support.themerdekatimes.com/
You must be logged in to post a comment Login