Connect with us

Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu, era pemimpin Israel bertindak sewenang-wenangnya berakhir – B’Tselem

B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya ICC memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
  • “Era impunity (melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya tanpa hukuman) bagi pembuat keputusan Israel sudah berakhir,” kata kumpulan hak asasi itu dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera hari ini.
  • “Komuniti antarabangsa memberi isyarat kepada Israel bahawa ia tidak lagi boleh mengekalkan dasar keganasan, pembunuhan dan pemusnahan tanpa akauntabiliti,” kata B’Tselem.
  • Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.

“Era impunity (melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya tanpa hukuman) bagi pembuat keputusan Israel sudah berakhir,” kata kumpulan hak asasi itu dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera hari ini.

“Komuniti antarabangsa memberi isyarat kepada Israel bahawa ia tidak lagi boleh mengekalkan dasar keganasan, pembunuhan dan pemusnahan tanpa akauntabiliti. 

“Begitu juga, permintaan untuk waran tangkap terhadap pemimpin Hamas bagi jenayah 7 Oktober tahun lalu adalah penting dan memberi garis merah di mana bahaya kepada orang awam berkenaan,” kata kumpulan itu.

B’Tselem berkata campur tangan ICC dan keputusan ICJ adalah peluang bagi warga Israel menyedari bahawa menegakkan rejim ketuanan, keganasan dan penindasan tentunya akan melibatkan jenayah dan pencabulan hak asasi manusia yang teruk. 

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

Turut disenaraikan dalam notis permohonan waran tangkap itu adalah pimpinan Hamas iaitu Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh.

Agensi berita AP melaporkan permohonan itu susulan kedua-dua pihak terbabit dipercayai melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza dan Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *