Terkini
Kes Ebit Lew: Pengadu terima mesej, panggilan bogel semasa di tempat kerja
Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom di sini bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.
- Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.
- Wanita tersebut berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria apakah ada panggilan dan mesej diterimanya semasa sedang bekerja.
- Pengadu menjelaskan apa yang dilaluinya sekaligus memaklumkan seorang rakan di tempat kerja ada bersamanya sewaktu menjawab salah satu panggilan yang diterimanya itu.
- “Selepas itu, pernah sekali semasa saya di tempat kerja dan Ebit transit di Dubai, dia buat panggilan video call dalam keadaan bogel dan masa itu kami nampak, terus kami off,” kata pengadu.
- Sebelum itu, Zahida turut bertanya pengadu apakah tujuan memberitahu masalahnya kepada Ebit Lew dan pengadu berkata ia adalah atas dasar percaya bahawa hidupnya akan lebih baik dengan nasihat-nasihat pendakwah terkenal itu.
- Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
TENOM – Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom di sini bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.
Wanita tersebut berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria apakah ada panggilan dan mesej diterimanya semasa sedang bekerja.
Pengadu menjelaskan apa yang dilaluinya dan turut memaklumkan seorang rakan di tempat kerja ada bersamanya sewaktu menjawab salah satu panggilan diterimanya itu.
“Sebab masa Ebit call saya loudspeaker untuk kami betul-betul pastikan itu adalah Ebit Lew.
“Selepas itu, pernah sekali semasa saya di tempat kerja dan Ebit transit di Dubai, dia buat panggilan video call dalam keadaan bogel dan masa itu kami nampak, terus kami off,” katanya dalam prosiding itu.
Sebelum itu, Zahida turut bertanya pengadu apakah tujuan masalah dialaminya dikongsikan kepada Ebit Lew dan pengadu berkata beliau percaya bahawa hidupnya akan lebih baik dengan nasihat-nasihat berdasarkan latar belakang pendakwah terkenal itu.
“Sebab, yang saya kenal beliau, dia ada program Keluarga Sunnah, jadi atas dasar percaya, saya yakin kalau saya beritahu beliau, kehidupan saya akan lebih baik dengan nasihat-nasihatnya.
“Sebab macam saya cakap tadi, saya tengok pasangan-pasangan yang ikut program yang beliau jalankan, nampak kesan yang baik dengan menjalankan sunnah dalam keluarga,” katanya.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
Atas kesalahan itu, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung hari ini dengan perbicaraan minggu ini dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei. – The Merdeka Times