Terkini
KPT tidak bincang dan tidak benar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera – Menteri
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini.
- “KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
- Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini.
“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM, sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.
“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
The Merdeka Times semalam melaporkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.
Dalam usaha menegaskan pendirian itu, MPP UiTM tersebut melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula kelmarin hingga hari ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera.
Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/