Antarabangsa
(VIDEO) CNN dedah seksaan ngeri Israel terhadap tahanan Palestin
Tiga pemberi maklumat Israel yang bekerja di kem penyeksaan Sde Teiman, tapak “tahanan” penculikan warga Palestin semasa pencerobohan “Israel” ke atas Gaza tampil dengan penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis.
Tiga pemberi maklumat Israel yang bekerja di kem penyeksaan Sde Teiman, tapak “tahanan” penculikan warga Palestin semasa pencerobohan “Israel” ke atas Gaza tampil dengan penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis.
Ini termasuk situasi mereka yang ditahan, ditutup mata dan dipaksa memakai lampin, lapor CNN.
Pemberi maklumat menggambarkan keadaan suram dihadapi tahanan Palestin di Sde Teiman di mana tahanan tidak dibenarkan bergerak, bercakap atau mengintip bawah penutup mata mereka.
“Kami diberitahu mereka tidak dibenarkan bergerak. Mereka mesti duduk tegak. Mereka tidak dibenarkan bercakap. Tidak dibenarkan mengintip bawah penutup mata mereka,” kata pemberi maklumat kepada CNN.
Pengawal diarahkan untuk mengerah tahanan supaya senyap menggunakan kata Arab seperti “uskot” (diam) dan mengenal pasti serta menghukum individu yang disifatkan “bermasalah”.
Mereka turut menggambarkan “rutin serbuan di mana pengawal akan melepaskan anjing besar ke atas tahanan yang sedang tidur, dilontar bom tangan bunyi ke dalam kawasan ketika mana tentera membuat serbuan masuk”.
Terletak kira-kira 18 batu dari garis pemisah Gaza, fasiliti rejim zionis itu dikatakan dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama adalah kandang di mana kira-kira 70 tahanan Palestin dari Gaza tertakluk kepada kekangan fizikal melampau, dan kedua hospital lapangan di mana tahanan yang cedera tidak bergerak, memakai lampin dan diberi makan melalui straw.
“Mereka (IOF) melucutkan mereka (tahanan) dari apa sahaja yang memperlihatkan mereka menyerupai seorang manusia,” kata pemberi maklumat itu.
Menurut pemberi maklumat, pukulan dikenakan ke atas tahanan dikatakan dilakukan kerana dendam dan bukan bertujuan menjalankan perisikan.
“(Pukulan) tidak dilakukan untuk mengumpul (maklumat) risikan. Ia dilakukan kerana balas dendam,” kata salah seorang pemberi maklumat.
Seorang pemberi maklumat menceritakan penyaksian pemotongan dilakukan ke atas seorang lelaki yang mengalami kecederaan akibat ikatan zip pergelangan tangannya yang menyakitkan.
Testimoni itu sejajar dengan butiran surat ditulis doktor yang bekerja di Sde Teima diterbitkan Haaretz pada April.
“Baru minggu ini, dua banduan dipotong kaki mereka akibat kecederaan digari, yang malangnya, diberitahu sebagai satu acara rutin,” kata doktor itu dalam surat bertarikh April.
Beliau menyebut banduan diberi makan melalui penyedut minuman (straw), dipaksa menggunakan lampin untuk berjalannya fungsi badan, tertakluk kepada sekatan berterusan, tindakan yang melanggar etika perubatan dan piawaian undang-undang.
“Kami semua bersubahat dalam melanggar undang-undang,” katanya dipetik CNN. – The Merdeka Times