Connect with us

Antarabangsa

Kalah judi, wanita Thai “tidak tahu malu” saman sami

Seorang wanita Thailand memfailkan saman terhadap seorang sami di wilayah Chon Buri, menuduhnya menipu dan menghinanya dengan mengatakan dia “tidak tahu malu.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Seorang sami di wilayah Chon Buri (kiri) dan wanita Thailand bernama Chompoo (kanan).
  • Seorang wanita Thailand memfailkan saman terhadap seorang sami di wilayah Chon Buri, menuduhnya menipu dan menghinanya dengan mengatakan dia “tidak tahu malu.”
  • Insiden itu berlaku atas tindakannya meminta semula pemberian dermanya kerana nombor loteri diberikan sami tersebut tidak memenangi sebarang hadiah, lapor Thaiger.
  • Sami Thai yang identitinya tidak didedahkan itu mencari keadilan dengan berkata wanita bernama Chompoo berulang kali mengganggunya dan menuduhnya menipu hanya kerana dia tidak memenangi hadiah loteri dengan nombor diberikannya.

Seorang wanita Thailand memfailkan saman terhadap seorang sami di wilayah Chon Buri, menuduhnya menipu dan menghinanya dengan mengatakan dia “tidak tahu malu.”

Insiden itu berlaku atas tindakannya meminta semula pemberian dermanya kerana nombor loteri diberikan sami tersebut tidak memenangi sebarang hadiah, lapor Thaiger.

Sami Thai yang identitinya tidak didedahkan itu mencari keadilan dengan berkata wanita bernama Chompoo berulang kali mengganggunya dan menuduhnya menipu hanya kerana dia tidak memenangi hadiah loteri dengan nombor diberikannya.

Semasa temu bual dengan Channel 3, sami itu menjelaskan bahawa dia membuka grup media sosial supaya pengikutnya dapat terlibat dalam projek amal. 

Dalam projek baru-baru ini, ahli digalakkan menderma 198 baht (RM25) untuk penyediaan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan. 

Menurut sami itu, sebagai insentif dia bertindak berkongsi nombor loteri ‘bertuah’ dengan penderma.

Menurut sami itu, Chompoo berminat menyertai kumpulan terbabit bukan untuk projek amal tetapi nombor loteri. 

Dia meminta nombor itu daripadanya, lalu sami memintanya untuk menderma 198 baht dan kemudian memasukkannya ke grup perbualan peribadi di mana dia memberikan set nombor ‘bertuah.’

Sami itu mengeluarkan Chompoo daripada grup terbabit selepas nombor tersebut diberikan kerana grup berkenaan dikhaskan untuk pengikut rapat sahaja.

Susulan itu, Chompoo meminta semula bayaran dermanya dengan berkata penyingkirannya sesuatu yang tidak adil. 

Sami itu menambah dia menyangka Chompoo meminta bayaran balik bukan kerana penyingkiran itu tetapi kerana dia tidak memenangi loteri.

Sami itu menegaskan dia pada mulanya menawarkan bayaran balik kerana Chompoo terlalu fokus kepada nombor loteri, tetapi tidak memberikan butiran akaun banknya. 

Selepas itu, Chompoo didakwa menyebarkan tuduhan palsu mengenainya di media sosial, mencetuskan perbalahan hangat dalam talian.

Tangkapan skrin perbualan mereka yang dikongsi dengan Channel 3 menunjukkan Chompoo menuntut pembayaran balik bersama jawapan daripada sami itu.

“Kamu sudah ada nombornya. Hentikan (dari) menjadi tidak tahu malu!” kata sami itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *