Terkini
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dinaik taraf – PMX
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
- Beliau berkata untuk dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan sejauh 400 meter (m) lagi.
- “Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) ucap terima kasih.
- “Namun, beliau minta tambah lagi (pembangunan landasan) sepanjang 400m untuk jadikan lapangan terbang itu international (antarabangsa),” katanya dipetik Berita Harian di Tunjong, Kelantan, semalam.
- Mengulas lanjut, Anwar berkata sekiranya siap dinaik taraf, ia akan membolehkan perjalanan haji dan umrah terus dari Kelantan.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Beliau berkata untuk dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan sejauh 400 meter (m) lagi.
“Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) ucap terima kasih.
“Namun, beliau minta tambah lagi (pembangunan landasan) sepanjang 400m untuk jadikan lapangan terbang itu international (antarabangsa),” katanya dipetik Berita Harian di Tunjong, Kelantan, semalam.
Mengulas lanjut, Anwar berkata sekiranya siap dinaik taraf, ia akan membolehkan perjalanan haji dan umrah terus dari Kelantan.
Terdahulu, media melaporkan fasa satu terminal baharu LTSIP mula beroperasi pada Rabu lalu, yang mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.
Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang serta sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang. – The Merdeka Times