Terkini
Ahli KWSP boleh buat pengeluaran bila-bila masa Akaun Fleksibel, minimum RM50
Semua akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel berkuat kuasa 11 Mei 2024.
- Semua akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel berkuat kuasa 11 Mei 2024.
- KWSP berkata Akaun Fleksibel itu akan menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek ahli dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
- “Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
- “Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Semua akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel berkuat kuasa 11 Mei 2024.
KWSP berkata Akaun Fleksibel itu akan menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek ahli dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
“Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
“Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
“Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut berkenaan penstrukturan semula akaun KWSP, agensi itu menjelaskan baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Katanya, semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel.
“Antara 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya Akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.
“Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com