Connect with us

Terkini

Jemput profesor pro-Israel, kecuaian yang disengajakan UM – Kesatuan Mahasiswa UM

Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu dianggap kecuaian disengajakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Profesor dari Universiti Negeri Portland, Profesor Bruce Gilley.
  • Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu dianggap kecuaian disengajakan.
  • Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata kenyataan penceramah terbabit dalam syarahannya menjadi perkara mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa UM, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak, termasuk KMUM.
  • “Kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah zionis.
  • “Kecuaian yang disengajakan pihak UM menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi,” kata KMUM dalam kenyatan di sini hari ini.
  • Justeru, KMUM berkata pengurusan tertinggi UM perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons terhadap isu berlaku dengan kadar segera.

KUALA LUMPUR – Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menjemput seorang profesor dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley sebagai penceramah jemputan ke universiti itu dianggap kecuaian disengajakan.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata kenyataan penceramah terbabit dalam syarahannya menjadi perkara mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa UM, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak, termasuk KMUM.

“Malahan, kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah zionis.

“Kecuaian yang disengajakan pihak UM menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi,” kata KMUM dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, KMUM berkata pengurusan tertinggi UM perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons terhadap isu berlaku dengan kadar segera.

“KMUM yakin dengan langkah itu, ia mampu meredakan serta menjawab segala isu dan persepsi yang sedang bingit dalam negara,” katanya.

Dalam kenyataan sama, KMUM turut berkongsikan kronologi mengenai isu berkenaan yang mana pada 9 April lalu, Institut Pengajian Cina UM mengeluarkan jemputan terbuka untuk seminar yang bertajuk “REASSESSING REPUBLICAN CHINA” yang menampilkan Bruce Gilley pada 25 April 2024.

Pada 16 April lalu, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik mengumumkan Visiting Professor Program 2024 (Program Profesor Pelawat 2024) di mana Gilley dijemput untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama tiga hari dari 22 sehingga 24 April lalu.

Pada hari kedua (23 April), ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Gilley mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States” ketika memberi syarahan.

Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya yang menarik perhatian masyarakat Malaysia, terutamanya mahasiswa UM.

Susulan itu, Institut Pengajian Cina UM membatalkan seminar yang sepatutnya berlangsung hari ini. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author