Antarabangsa
Waran tangkap Netanyahu mungkin dikeluarkan, Israel adakan “perbincangan kecemasan”
Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
- Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
- Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.
- Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu.
- Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.
- Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan ini semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock baru-baru ini.
Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.
Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu.
Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.
Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan itu semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, baru-baru ini.
Dalam perbincangan pada Selasa melibatkan Menteri Luar Israel Katz, Menteri Kehakiman Yariv Levin dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Israel dilapor memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada kalangan diplomatik antarabangsa yang berpengaruh untuk mengatasi kemungkinan pengeluaran waran tangkap itu.
Menurut TOI, Tel Aviv bimbang “waran tangkap akan dikeluarkan berdasarkan krisis kemanusiaan di Gaza, dengan negara yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva ke-4 dikatakan mengetuai usaha itu”.
Terdahulu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar undang-undang antarabangsa berulang kali mengkritik ICC kerana lambat mengendalikan pendakwaan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang Israel di Gaza. – The Merdeka Times