Connect with us

Antarabangsa

Negara Teluk halang AS guna wilayah dan ruang udara serang Iran

Negara-negara Teluk memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melancarkan serangan ke atas Iran dari wilayah atau ruang udara mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara-negara Teluk memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melancarkan serangan ke atas Iran dari wilayah atau ruang udara mereka.
  • Tindakan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman dan Kuwait ini menimbulkan persoalan mengenai perjanjian asas yang membenarkan puluhan ribu tentera AS ditempatkan di sepanjang semenanjung yang kaya dengan minyak tersebut.
  • Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan AS yang enggan namanya disiarkan

Negara-negara Teluk memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melancarkan serangan ke atas Iran dari wilayah atau ruang udara mereka.

Raja-raja negara Teluk menggesa AS supaya tidak menggunakan pangkalan tentera Amerika di wilayah mereka sebagai tindak balas terhadap sebarang kemungkinan serangan Iran ke atas Israel, sumber memberitahu Middle East Eye, MEE.

Ketika ketegangan memuncak, tindakan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman dan Kuwait ini menimbulkan persoalan mengenai perjanjian asas yang membenarkan puluhan ribu tentera AS ditempatkan di sepanjang semenanjung yang kaya dengan minyak tersebut.

Mereka juga menghalang pesawat perang AS melakukan penerbangan di atas ruang udara mereka sekiranya serangan balas terhadap Iran dilakukan.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan AS yang enggan namanya disiarkan.

AS sebelum ini membuat pelaburan selama beberapa dekad untuk pangkalan tentera di negara-negara Teluk tersebut.

Memandangkan jaraknya yang dekat dengan Iran, pangkalan udara tersebut menjadi landasan pelancaran paling mudah bagi AS untuk menyerang Republik Islam Iran, kata bekas pegawai dan pegawai semasa AS kepada MEE.

Keengganan pemerintahan monarki negara Teluk bagaimanapun merumitkan persiapan pentadbiran Biden dalam strategi perang AS bagi bertindak balas terhadap kemungkinan serangan Iran ke atas Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *