Connect with us

Terkini

‘Ini pengajaran tak ternilai’, Pengasas Vern’s mohon maaf isu logo didakwa mirip kalimah Allah

Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas Vern's Holding Sdn Bhd (Vern's), Ng Chuan Hoo.
  • Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.
  • Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.
  • Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.
  • “Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya,  hari ini.

KUALA LUMPUR — Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.

Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.

“Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau hadir pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan mengenai isu penjualan kasut dikeluarkan syarikatnya yang didakwa tertera logo mirip kalimah Allah pada tapak.

Proses mengambil keterangan berlangsung kira-kira sejam sebelum lelaki berusia 51 tahun itu keluar meninggalkan ibu pejabat JAKIM.

Ahli perniagaan itu berkata pihaknya akan belajar daripada kesilapan berlaku dan memberi jaminan akan lebih sensitif pada masa depan.

“Saya nak belajar dari kesalahan ini supaya pada masa depan akan lebih sensitif dan berhati-hati. Kita perlu hormat antara satu sama lain walaupun ini sebenarnya salah faham,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan merampas 1,145 pasang kasut wanita bertumit tinggi yang didakwa tertera tulisan mirip kalimah Allah selepas tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata  rampasan itu dilakukan di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

“Sememangnya, dia display kat Vern (kedai jualan), maka penjual atau pengusaha pengeluar produk itu kita akan panggil dan setakat 7 malam tadi (Ahad) kita sudah menerima lapan laporan polis mengenai isu kasut ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending